Wednesday, 21 November 2012

Nak Diet? Cuba Tips Ini

Diet Berkesan...Pro and Contra... 



   Diet yang paling berkesan ialah diet yang disertakan senaman. Namun senaman haruslah sesuai dengan anda. Senaman yang sesuai ialah senaman yang menumpukan pada bahagian bermasalah seperti perut, lengan dan paha. Anda tidak perlu terlalu ghairah bersenam untuk menurunkan berat badan anda. Jika anda memaksa diri untuk bersenam, ia akan memberi kesan buruk kepada anda sendiri. Bersenamlah berpada-pada jangan sampai paksa diri. Bersenam berlebihan akan menyebabkan kecederaan pada otot atau tulang anda

    Diet makan pula adalah diet paling popular. Diet ini memerlukan kebijaksaan dan kesabaran yang tinggi bagi mendapatkan hasil diet yang sempurna. Cukup sekadar menyekat pengambilan kalori yang tinggi dalam hidangan anda setiap hari tidak perlu diet tanpa makan. Diet lapar sangat berbahaya kerana akan mengundang kepada masalah kekurangan nutrisi.Berlapar bukanlah cara terbaik untuk kurus. cukuplah sekadar mengurangkan kuantiti pengambilan makanan anda sahaja.

    Diet dengan mengambilan minuman berserat juga mampu menurunkan berat badan anda pada tahap normal.Pengambilan minuman berserat sesuai diambil pada waktu pagi dan sesetengahnya sesuai untuk waktu malam. jadi anda haruslah pandai memilih minuman berserat yang sesuai yang banyak terdapat di pasaran pada hari ini. Seeloknya dapatkan minuman serat yang diiktiraf oleh kerajaan. Jangan ambil sebarangan minuman serat kerana bimbang terdapat kesan sampingan daripada produk tersebut. Jadi pilihlah produk yang benar-benar berkesan dan sudah ramai yang mencubanya dipasaran.

   Diet yogurt juga diantara diet yang mudah diamalkan. Amalan memakan yogurt memudahkan proses penghadaman anda. Yogurt yang paling sesuai ialah yogurt tanpa perisa kerana ia lebih membantu untuk diet anda. Bagi sesetengah mereka yang obses untuk kurus, ada juga yang sanggup mengamalkan diet muntah. Makanan yang diambil akan dimuntahkan semula dalam tempoh beberapa minit. Diet ini adalah diet yang hanya akan menyeksa diri dan akan mendatangkan keburukan kepada anda. Jadi jangan sesekali mengamalkannya.

   Pengambilan air kosong dalam jumlah yang banyak setiap hari mampu membantu menurunkan berat badan anda ditambah pula dengan pengambilan supplemen untuk detox. Diet ini dinamakan diet detox, proses penurunan berat badan akan terjadi secara semula jadi kerana semasa proses detox, toksin akan dikeluarkan dari tubuh anda. Minum air lebih dari tiga liter sehari amat membantu dalam program penurunan berat badan anda.Diet yang dilarang ialah diet asid. Makan makanan berasid atau masam di dalam setiap hidangan adalah sangat berbahaya. Kandungan asid yang tiggi dan berlebihan boleh menyebabkan kerosakkan usus. Begitu juga makanan pedas, jika diambil berlebihan akan membahayakan kesihatan usus anda. Jangan salah menganggap bahawa makanan yang masam dan pedas itu akan mengelak lemak di dalam tubuh anda.

Berminat dengan produk ini sila hubungi

Norhafizah MK
ID Shaklee: 910483
SMS: 019 984 7340
Email: syahmizara@gmail.com
YM: fizs_nor@yahoo.com
Facebook: http://www.facebook.com/fizzcare

No comments:

Post a Comment