Tuesday, 6 November 2012

Penyusuan Susu Ibu

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu Surah Al-baqarah; Ayat 233


   Susu ibu merujuk kepada susu yang dihasilkan oleh kelenjar mammari ibu yang terletak di payu dara. Susu yang dikeluarkan khusus untuk digunakan sebagai makanan kepada bayi.Susu ibu dilihat sebagai makanan awal dalam bentuk cecair yang mempunyai nilai gizi yang cukup baik berbanding susu-susu keluaran haiwan atau susu formula, ia mudah dicernakan dengan baik walaupun diberikan kepada kanak-kanak berusia antara 6 bulan hingga 2 tahun.

   Ibu menyusu hendaklah mengambil makanan yang kaya dengan pelbagai zat bagi menghasilkan susu ibu yang terbaik untuk bayi. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran penting bagi membekalkan zat untuk keperluan bayi.Pengambilan makanan bersumberkan nutrien seperti kalsium, vitamin A, vitamin B kompleks dan vitamin C adalah penting bagi ibu yang menyusu.

   Suplemen tidak diperlukan bagi ibu yang mengikut saranan pemakanan laktasi tapi adakah kita yakin pemakanan kita hari ini cukup untuk membekal susu selama 2 tahun kepada bayi kita? Berdasarkan pengalaman saya mengambil suplemen, penghasilan susu amatlah ketara bezanya berbanding tidak mengambil apa-apa makanan tambahan lain. Kuantiti susu yang banyak dan pekat sesuai dengan peringkat pembesaran anak saya terhasil apabila saya mengamalkan suplemen Alfalfa Shaklee.

   Mengapa kemerosotan susu ibu boleh berlaku? Antara punca-punya berlaku pengurangan susu ibu ialah tekanan/stress,keletihan/kurang tidur, kurang minum air, kehamilan, dan pengambilan pil perancang. Sesetengah ibu berasa stress apabila terpaksa memerah / pump susu setiap hari. Faktor kekerapan pumping juga mempengaruhi penghasilan susu ibu. Semakin jarang proses pump semakin merosot penghasilannya. Konsep susu ibu ialah demand versus supply.Rehat yang cukup dan pemakanan yang seimbang mampu mengatasi masalah ini.Ibu juga berfikiran positif bahawa anda mampu menyusukan anak anda sehingga genap 2 tahun.

Jadi adalah tanggungjawab kita berikhtiar untuk menghasilkan susu ibu demi kepentingan tumbesaran dan keperluan zat makanan bayi kita.


Berminat dengan produk Shaklee sila hubungi

Norhafizah MK
ID Shaklee: 910483
SMS: 019 984 7340
Email: syahmizara@gmail.com
Facebook: http://www.facebook.com/fizzcare



No comments:

Post a Comment