Friday, 30 November 2012

Waktu makan malam untuk diet yang seimbang

Menu Makan Malam Seimbang.
Makan malam adalah sangat penting untuk menjamin kesihatan sepanjang hayat. Bagi individu yang berniat ingin menurunkan berat badan mesti sesetengah daripada anda cuba mengelak untuk makan malam. Amalan ini adalah tidak bagus untuk kesihatan anda. Anda boleh mengambil makan malam, cuma anda perlu mengambilnya dengan kuantiti yang terhad terutamanya kuantiti makanan berkalori. Menu makan malam anda juga haruslah menu yang sihat dan seimbang.

Anda juga perlu mengambil makan malam selewat-lewatnya jam lapan malam. Tetapi adalah disyorkan untuk anda makan di antara jam enam hingga tujuh malam. Waktu makan malam lebih awal boleh memberi ruang kepada perut anda untuk menghadam makanan sebelum waktu tidur anda. Jangan biarkan perut anda kosong ketika tidur kerana ia mungkin mengundang kepada masalah kesihatan yang lain. Anda boleh juga mengisi perut anda dengan minuman berunsurkan protein bagi mengelak sindrom kelaparan di tengah malam. Minuman berprotein ini mampu membuatkan perut anda berasa kenyang dan sentiasa bertenaga.

Berikut antara diet makan malam yang boleh anda amalkan bagi menjamin proses penurunan berat badan anda berjaya. Kepada sesiapa yang memang memiliki berat badan ideal anda juga boleh mencuba menu yang disyorkan bagi mengekalkan berat badan anda sekarang. Makan sihat, hidup pun sihat. Menu yang dicadangkan juga sesuai untuk mengawal kandungan gula dalam darah bagi pengidap kencing manis/diabetes. Selamat mencuba...

Cadangan Pemakanan sihat pada malam hari:
  • Mereneh atau mengukus makanan berbanding menggoreng.
  • Menggunakan tuala dapur untuk menyerap minyak berlebihan selepas menggoreng.
  • Jauhi daripada menggoreng buat kali kedua.
  • Buang minyak berlebihan dari dalam mangkuk makanan contohnya seperti minyak dalam makanan bersup.
  • Tambah lebih sayuran di dalam hidangan makanan.
  • Makan lebih ulam-ulaman berbanding sayuran yang dimasak.
  • Kurangkan jumlah penggunaan garam.
  • Kurangkan penggunaan lemak dan lebihkan daging tanpa lemak.
  • Makanan yang mengandungi protein seperti ikan adalah lebih digalakkan berbanding ayam.
  • Elakkan mengambil makanan berat dalam kuantiti yang banyak. Kurang adalah lebih baik.
  • Kurangkan mengambil minuman bergula atau minuman susu pekat manis pada malam hari. Air kosong adalah lebih bagus.
Tahukah anda? Makanan yang dimakan memerlukan lebih kurang empat jam untuk dihadam, jadi seelokknya makan malam lebih awal jika anda biasa tidur awal.
 
Elakkan pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat pada sebelah malam dan pastikan anda mengambil air kosong secukupnya.

Amalan pemakanan Rasulullah SAW...

Rasululluah mengamalkan makan sayur-sayuran pada malam hari. Sayur-sayuran mengandungi zat yang berfungsi menguatkan daya tahan tubuh dan melindungi tubuh kita daripada serangan penyakit.

Setelah makan, Rasulullah SAW tidak terus tidur, baginda berzikir dan menunaikan solat sunat. Sabda Rasulullah SAW "Cairkan makanan dengan bersikir kepada Allah dan solat, serta janganlah kalian tidur setelah makan kerana dapat membuatkan hati kalian menjadi keras"

sumber

1 comment: