Thursday, 20 December 2012

Kurus Selepas Bersalin

Kebiasaannya ibu selepas bersalin akan memiliki tubuh badan yang gemuk dan meggeleber. Semua ibu pasti inginkan bentuk tubuh badan kembali langsing dalam tempoh yang singkat. Seboleh-bolehnya sekembalinya bekerja selepas dalam tempoh berpantang si ibu ingin memiliki tubuh yang langsing dan menawan. Tetapi mendapatkan kembali berat seperti sebelum mengandung agak sukar dalam tempoh singkat kerana tempoh kehamilan adalah 9-10 bulan dengan berat perlu meningkat 10-12kg. Tetapi ianya tidak mustahil dengan panduan dan cara penjagaan makanan yang betul.

Si ibu perlu tahu kaedah berkesan bagi membantu kembali cergas bertenaga dan menawan selepas bersalin. Sepanjang tempoh kehamilan 9 bulan badan akan mengalami banyak perubahan dari segi hormon dan juga emosi. Sebenarnya badan kita boleh pulih secara semulajadi selepas bersalin. Rahim akan kembali mengecut kepada keadaan asal selepas enam minggu anda bersalin. Keanjalan ligamen akan kembali perlahan-lahan ke bentuk asal sekitar tempoh 3 ke 6 bulan.

Senaman ringan haruslah dilakukan sebagi rutin harian bagi mengembalikan otot-otot kepada keupayaan fungsi asal. Rajin atau malas bukan persoalan kerana ibu perlu lakukan senaman yang rutin untuk mengelakkan otot-otot daripada mengecut dan menjadi lemah.

Selain daripada itu, rawatan pelangsingan di spa turut membantu ibu mendapatkan semula badan yang langsing dan firm/pejal. Pakej rawatan pelangsingan di spa membantu ibu untuk mengawal penghasilan selulit dan memecahkan sel lemak yang banyak semasa mengandung. Bahkan ia turut membantu para ibu mengurangkan kesan rekahan serta kembali ke bentuk badan asal lebih cepat.

Jenis-jenis rawatan spa
  • Skrub badan- Rawatan ini bertujuan untuk membuka pori kulit dan menanggalkan sel kulit mati
  • Jakuzi- Rawatan yang memberikan getaran kepada tubuh ibu membolehkan sel-sel lemak bergetar dan hancur sedikit demi sedikit. Ia boleh membuang toksik yang ada di dalam badan supaya senang dipecahkan.
  • Hot Blanket/Sauna-  Bertujuan untuk proses detoksifikasi kerana ada wanita yang menjadi gemuk semasa hamil kerana terlalu banyak air (water retention). Jadi selepas proses ini air yang berlebihan akan hilang dan seterusnya ukuran inci badan akan berkurangan.
  • Urutan Pelangsingan- Setiap teknik urutan pelangsingan membolehkan sel-sel lemak di dalam badan diuraikan. Urutan yang berkesan akan menyebabkan ibu berasa gatal-gatal di bahagian yang diurut. Ia perkara normal kerana menunjukkan proses pemecahan lemak sedang berlaku.
  • G5 Rawatan Pelangsingan- Penggunaan mesin pelangsingan tidak berbahaya kepada ibu-ibu baharu melahirkan anak. Ia melibatkan teknik getaran yang bertujuan memecahkan lemak di dalam badan lebih pantas iaitu sepantas apabila melakukan 100 kali senaman sit-up dan 100 kali push-up. Rawatan ini sesuai selepas 3-6 bulan bersalin.
Perkara yang perlu diambil kira untuk melakukan rawatan di spa:
  • Pastikan bahawa produk pelangsingan yang digunakan adalah bebas daripada bahan kimia, pewarna tiruan dan bahan awet yang berbahaya dan memudaratkan kerana boleh mengganggu penyusuan ekslusif
  • Ibu yang bersalin secara normal, boleh memulakan program-program pelangsingan seawal 3 bulan selepas bersalin.
  • Ibu yang melahirkan anak secara pembedahan caesarean, hanya boleh memulakan program-program pelangsingan selepas 6 bulan kelahiran. 
  • Ibu yang masih menyusukan bayi, elakkan daripada mengambil ubat-ubatan pelangsingan yang berkaitan dengan proses detoksifikasi kerana ia akan menyebabkan bayi anda mengalami cirit-birit sehingga boleh menyebabkan dehidrasi.
Pengambilan minuman herba boleh diambil oleh ibu kerana bimbang minuman teh herba tertentu boleh memberi kesan kepada susu badan yang diminum bayi. Justeru, minuman yang dibenarkan berasaskan halia dan limau nipis yang membantu membuang angin di dalam badan. Pengambilan makanan tambahan juga boleh membantu dalam penurunan berat badan selepas bersalin. 

Senaman turut membantu anda mendapatkan kembali bentuk badan menarik namun mengambil jangka masa yang lama untuk melihat kesannya. Beri masa kepada diri sendiri untuk mencapai berat badan ideal dalam tempoh 6-12 bulan mengikut program senaman yang konsisten. Senaman membantu proses penyembuhan dan pemulihan yang pantas selepas melahirkan bayi, peningkatan metabolisme dan pantas kembali ke bentuk badan sebelum hamil dan tahap kecergasan. Ia turut membantu mengurangkan tekanan selepas bersalin. Ibu juga lebih bertenaga untuk menjalankan peranan sebagai ibu. Justeru, untuk berjaya mencapai bentuk dan berat badan sasaran, ibu perlu konsisten melakukan senaman tetapi ingat jangan paksa diri. Paling penting anda seronok melakukannya.


Cadangan Suplemen untuk menurunkan berat badan selepas bersalin:
  • HerbLax-Membantu proses detoks, membantu mengatasi masalah penghadaman seperti sembelit.
  • Lecithin-Meningkatkan metabolisme badan dan menyingkirkan lemak di dalam badan. Ia memerlukan herblax/alfalfa sebagai agen pengangkutan bagi membuang lemak berlebihan
  • ESP-Membantu memberi tenaga dan membekalkan protein untuk badan. Memberi rasa kenyang dan membantu menurunkan berat badan. Ia juga boleh mencantikkan kulit
  • Alfalfa-Sesuai untuk wanita selepas bersalin bagi mengatasi masalah dalaman wanita. Ia juga berfungsi untuk tujuan detoks, mampu bertindak seperti kacip fatimah juga.

1 comment:

  1. nice blog..jemput folo my blog kembali.. http://hotmasakini.blogspot.com/

    ReplyDelete