Monday, 21 January 2013

Migraine


 
 
 Apakah itu migraine?

Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4-72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya. Namun begitu menurut kajian yg dibuat, migraine tidak mendatang kesan jangka panjang yang serius.



 Tanda - tanda anda menghidap migraine
  • Rasa sakit kepala yang berdenyut-denyut - biasanya dari bahagian mata ke kepala sebelah kanan.
  • Mata tidak boleh dibuka luas-luas.
  • Cahaya yang terang, bau busuk yang menyengat, bunyi yang bising pula akan menyebabkan rasa kepala semakin sakit dan bagi dihentak-hentak.
  • Terjadinya ilusi mata yang nampak bintik-bintik (lebih dikenali sebagai aura) atau rasa silau (pancaran cahaya) di depan mata.

Apa bezanya migrain dan sakit kepala biasa? jom baca kat sini

Tips mengatasi@mengurangkan migraine (kredit)
  • Rehat atau cuba berbaring di tempat yang tiada gangguan bunyi.
  • Mandi ( alirkan air secara perlahan-lahan dari bahagian kaki kemudian ke badan dan ke kepala).
  • Amalkan sujud sewaktu pagi (waktu solat subuh bagi muslim) - ini akan meningkatkan pengaliran darah ke otak.
 Jom baca rahsia sujud dalam solat
  • Baring di atas katil dengan keadaan kepala terjuntai ke bawah ( bagi meningkatkan pengaliran darah ke otak).
  • Tekapkan tuala berisi ais ke mata untuk mengurangkan stress pada dahi.
  • Urutkan di bahagian mata (antara dua kening) sehingga rasa migrain anda beransur kurang.
  • Amalkan meminum air mineral atau pun air bertapis seperti EcPI, Dr Sukida , air nano hidrogen - sedikit sebanyak membantu mengurangkan masalah migrain anda.
  • Elakkan dari terkena terik matahari atau berada di bawah lampu yang terlalu terang.
  • Amalkan memakan / minum jus buah epal hijau (bersama kulit).
  • Gunakan ubat bantuan melegakan sakit kepala seperti ubat tahan sakit/paracetamol atau migrain ice. Dapatkan rawatan di hospital sekiranya penyakit anda masih berlarutan.
  • Amalkan gaya hidup sihat seperti bersenam, minum plain water dengan banyak (minimum 3 liter tau) amalkan pemakanan seimbang dan kurangkan stress.
  • Pengambilan suplemen atau vitamin yang sesuai boleh membantu anda mengurangkan masalah migrain.

Cadangan vitamin seperti B Complex - bagi menenangkan saraf, Ostematrix (sumber kalsium) - bagi mendapatkan bekalan kalsium yang mencukupi kerana dalam darah terdapat blood-calcium dan ESP (sumber protein) - yang mampu mengatasi masalah migrain selain membekalkan tenaga segera.

No comments:

Post a Comment