Thursday, 21 February 2013

Bibir Cantik Menawan


Bibir Cantik Menawan

Siapa yang tidak menginginkan bibir yang kelihatan cantik menawan. Bibir merupakan hiasan wajah yang menjadi daya tarikan utama kepada kecantikan wajah selain hidung dan mata. Senyuman yang manis lahirnya daripada bibir yang menarik dan sihat. Ia juga akan menjadi cermin kepada kecantikan anda. Oleh itu kesihatan bibir juga haruslah dititik beratkan. Masalah yang umumnya terjadi kepada bibir adalah kekeringan serta pecah-pecah.

Bibir yang pecah biasanya akan mudah terluka serta menimbulkan rasa sakit. Apabila keadaan ini tidak dirawat ia boleh menyebabkan jangkitan kepada bibir. Ketika bibir pecah, biasanya lipstik atau pelembap yang dipakai tidak dapat melekat dengan baik sehingga merencatkan penampilan cantik menawan anda. Oleh itu, cuba kita lihat apakah punca sebenar kepada masalah kekeringan bibir dan pecah-pecah ini. Serta, langkah-langkah pencegahannya bagi meningkatkan keyakinan diri.


Mengapa bibir mudah pecah-pecah?
  • Pencemaran udara sekeliing serta debu-debu.
  • Keadaan suhu yang berubah-ubah boleh menyebabkan bibir mudah menjadi kering serta pecah-pecah.
  • Makan makanan yang terlalu masam atau masin.
  • Tabiat merokok, minum kopi berlebihan serta minum alkohol.
  • Kurang pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran.
  • Kurangnya minum air kosong
  • Menggunakan kosmetik yang bahan-bahan kimianya terlalu kuat atau disebabkan oleh alergi terhadap kosmetik tertentu.
  • Menggunakan ubat gigi yang mengandungi detergen berlebihan.
  • Tabiat suka menjilat bibir dengan air liur.

Bagaimana mencegah masalah bibir kering dan mendapatkan bibir yang cantik menawan?

Setelah mengetahui punca-punca terjadinya masalah bibir kering serta pecah-pecah ini, anda boleh mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti berikut:
  • Gunakan balm bibir yang mengandungi tabir suria (uv protection) serta pelembap. Sinaran matahari merupakan salah satu faktor penyebab kepada masalah bibir kering dan pecah-pecah. Oleh itu, penggunaan krim tabir suria adalah sangat penting. Begitu juga dengan pelembap yang diperlukan supaya kelembapan bibir anda kekal terpelihara terutamanya ketika melakukan aktiviti seharian.
  • Pilihlah gincu yang sesuai serta mengandungi pelembap. Sewaktu anda membeli produk-produk kecantikan contohnya gincu, perhatikan kepada kandungannya. Pilihlah gincu yang mengandungi emolien serta mengandungi bahan-bahan semula jadi serta berpelembap.
  • Sentiasalah membasahkan bibir anda dengan air putih. Bukan dengan menjilatnya dengan lidah kerana di dalam air liur terdapat kelenjar dan enzim yang boleh menyebabkan bibir anda kering serta pecah-pecah. Cukuplah sekadar meminum air putih atau segelas air putih untuk membasahi bibir.
  • Minum air putih lapan gelas setiap hari. Langkah ini dapat membantu mencegah berlakunya dehidrasi yang boleh mengakibatkan bibir kering dan pecah-pecah. Meminum air putih lebih 3 liter sehari juga dapat membantu mengurangkan risiko masalah kesihatan lain juga.
  • Segera bersihkan sisa lipstik sebelum tidur. Gunakan skrub bibir dengan gerakan memutar selama beberapa minit. Kemudian bersihkan bibir dengan tuala lembut yang dibasahkan terlebih dahulu dengan air suam.
  • Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Pilihlah sayur-sayuran dan buah yang mengandungi vitamin C, B, E dan mineral. Kadar air yang terdapat pada bibir juga membantu tubuh terhindar dari dehidrasi.
  • Jauhi tabiat merokok dan minum alkohol. Bahan kimia yang terkandung di dalam sebatang rokok boleh menyebabkan lebam kehitaman pada bibir. Manakala alkohol menyebabkan bibir mudah kering.
  • Sapu pelembap bibir pada waktu malam sebelum tidur. Selain itu, anda juga boleh menggunakan madu sebagai pelembap semula jadi seterusnya memberikan khasiat kepada bibir.
  • Lakukan urutan bibir dengan menggunakan minyak zaitun. Urutan akan membantu melancarkan sistem peredaran darah pada bibir seterusnya bibir menjadi sihat. Sapu minyak zaitun pada bibir sewaktu urutan.
  • Pengambilan makanan tambahan seperti multivitamin, vitamin B kompleks, Vitamin C dan Vitamin E bagi membantu mengatasi masalah kekurangan vitamin pada bibir anda dan diet seharian anda. 

Petua Tradisional

Anda juga boleh mencuba beberapa petua tradisional untuk mendapatkan bibir yang cantik menawan dan kelihatan berseri serta kemerah-merahan. Antara petua yang boleh anda amalkan ialah:
    
  • Sapukan dua titik madu lebah asli pada bibir setiap malam sebelum tidur dan lakukan setiap hari.
  • Sapukan getah pokok sena yang berwarna merah pada bibir yang pecah. Dalam masa dua hari luka akan sembuh.
  • Sapukan pati susu pada bibir setiap hari. Bibir akan kelihatan lembut dan kemerahmerahan.
  • Bersihkan sepotong halia segar, kupas kulitnya kemudian tumbuk hingga lumat dan perah airnya. Gosokkan hampas halia tersebut pada bibir untuk bibir yang lebih menawan dan kemerah-merahan.

sumber

Khasiat Kacang Tanah

Khasiat Kacang Tanah.

Tahukah anda bahawa kacang tanah banyak khasiat dan dapat membantu mengurangkan risiko mengidap pelbagai penyakit kronik.

Kacang tanah atau Arachis hypogea merupakan sejenis spesies kekacang dari keluarga Fabaceae yang berasal dari Amerika Selatan. Kacang tanah merupakan sejenis tumbuhan tropika yang tumbuh secara renek setinggi 30–50 cm. Ramai di antara kita yang tidak mengetahui khasiat kacang tanah ini.

Kacang tanah kaya dengan kandungan lemak di samping protein, zat besi, vitamin E dan kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus, vitamin A dan K, lesitin, kolin serta kalsium. Kandungan protein di dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi berbanding daging, telur dan kacang soya. Selain itu, kacang tanah juga mempunyai rasa manis dan sesuai digunakan dalam penghasilan kuih-muih.


Antara khasiat kacang tanah ialah:
  • Kacang tanah juga dikatakan mengandungi bahan yang boleh membina daya ketahanan tubuh dalam mencegah beberapa jenis penyakit. 
  • Mengambil sebanyak satu auns kacang tanah dalam lima kali seminggu dipercayai dapat mencegah penyakit jantung. 
  • Kacang tanah membantu meningkatkan kemampuan jantung serta menurunkan risiko penyakit koroner.
  • Kacang tanah mengandungi Omega 3 dan Omega 9. Dalam satu auns kacang tanah terdapat kira-kira 18g Omega 3 dan 17g Omega 9. 
  • Kacang tanah turut mengandungi fitosenol yang dapat membantu menurunkan kadar kolesterol serta kadar trigliserida iaitu dengan cara menghalang penyerapan kolesterol daripada makanan yang dialirkan di dalam darah serta mengurangkan penyerapan kembali kolesterol dari hati di samping mengawal HDL kolesterol. 
  • Kacang tanah juga mengandungi arginin yang dapat merangsang tubuh untuk menghasilkan nitrogen monoksida yang berfungsi untuk melawan bakteria tuberkulosis.
  • Kajian turut menunjukkan bahawa kacang tanah juga dapat menjadi penurun tekanan darah tinggi dan kandungan kolesterol dalam darah. 
  • Ia berkesan untuk melegakan penyakit hemofilia atau kecenderungan mudah berdarah, penyakit keputihan dan insomnia. Namun begitu, bagi mereka yang menghidapi kanser payudara serta mempunyai masalah kulit berjerawat atau akne dinasihatkan agar berhenti makan kacang tanah. 
  • Kacang tanah turut membantu menghalang radikal bebas, menurunkan tekanan darah dan kolesterol darah serta menghindari tubuh daripada serangan jantung. Kacang tanah turut mengandungi asid amino yang tinggi. 
  • Minyak dari kacang tanah adalah sumber terbaik untuk mencuci bahagian perut. Menambahkan kandungan susu badan untuk para ibu yang menyusukan bayinya, mereka digalakkan untuk mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing.
  • Kacang tanah juga dipercayai mengandungi bahan-bahan semula jadi yang dapat membina daya ketahanan tubuh untuk menentang penyakit batuk kering.  
  • Mereka yang makan kacang tanah satu hingga empat kali seminggu dapat mengurangkan sekurang-kurangnya 25 peratus risiko penyakit jantung koronori jika dibandingkan mereka yang hanya sekali atau kurang memakannya.  
  • Selain berfungsi sebagai enzim, niasin turut membantu menurunkan kadar kolesterol darah.
Kacang tanah bukannya punca jerawat.

Ramai yang beranggapan bahawa kacang tanah adalah punca kepada masalah jerawat. Namun begitu, sebuah kajian oleh American Academy of Dermatology menyatakan bahawa kacang tanah bukanlah puncanya.

Tahukah anda bahawa kacang tanah juga bermanfaat dalam program diet. Ini kerana kacang tanah tergolong dalam kategori makanan untuk diet. Kacang tanah sesuai dijadikan sebagai makanan kesihatan untuk mereka yang sentiasa melengkapi hidangan harian dengan makanan sumber lemak.

Kandungan niasnin yang tinggi iaitu 13mg dalam setiap 100g bahan makanan.


Namun begitu, anda diingatkan bahawa kacang tanah bahaya untuk mereka yang alergi dengannya.

sumber

DTX Complex

PRODUK: DTX COMPLEX

Shaklee DTX ComplexTM mengandungi satu campuran proprietari ekstrak daripada gabungan ekstrak biji benih pokok susu tisel, schizandra, ekstrak dendalion, cendawan reishi, kunyit dan articok.

• Digunakan secara tradisional untuk tonik hati.*

Tiada perasa tiruan, pemanis, warna-warna, atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 

FUNGSI DAN KEBAIKAN:

Digunakan secara tradisional untuk merawat tonik hati. Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan keupayaan dalam membina semula. Serangan pada hati ( akibat alkohol berlebihan) boleh merosakkan hati. Namun hati boleh memperbaiki organnya sendiri.

Fungsi hati:
  • Rembesan hempedu – hempedu penting semasa proses pencernaan lemak. Ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil. Hempedu membantu menyerap vitamin larut lemak ( A D E F K) dan membantu mengasimilasika kalsium.
Hempedu juga menukar Beta Karotena kepada Vitamin A
  • Detoksifikasi – hati mengawal metabolisme protein ( untuk penghasilan ammonia yang didetoksifikasikan hati). Hati menggabungkan bahan toksik ( seperti sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol dan bahan kimia) dengan bahan yang kurang toksik. Bahan ini akan dikumuhkan dari buah pinggang. Fungsi hati menjaga fungsi buah pinggang.
  • Mengawal paras gula dalam darah – hati menukarkan tiroksina ( hormon tiroid) kepada bentuk yang aktif. Penukaran yang tidak cukup ( kurang aktif) akan menyebabkan hipotiroidisme. Hati mewujudkan GTF (faktor toleransi glukosa). GTF diperlukan oleh insulin untuk menukar gula kepada tenaga, gula berlebihan akan disimpan sebagi glikogen ( yang akan ditukar semula kepada tenaga apabila diperlukan) Hati juga memecahkan hormon seperti esatrogen adrenalin dan insulin.
  • Metabolisme lemak – penting semasa sintesis asid lemak dari asid amino dan gula. Makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di hati dan diangkut ke tisu lemak badan untuk peyimpanan.

KANDUNGAN:
Campuran proprietari ekstrak biji benih pokok susu tisel, schizandra, ekstrak dendalion, cendawan reishi, kunyit dan articok.

Ekstrak biji benih pokok susu tisel :
  • Kaya dengan bahan anti oksida Melindungi hati dari toksin, racun, dadah dan bahan kimia
  • Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis
  • Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol
  • Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang
  • Membantu masalah kulit seperti eczema
Dandelion:
  • Membantu fungsi hati, sangat berguna semasa bengkak hati ( hepatitis ) dan jaundis ( kuning)
  • Membantu penghadaman dan merangsang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu ( bertindak mencegah batu karang)
  • Membantu masalah endomentriosis. Bertindak seperti julap lembut untuk sembelit
  • Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi ( melawan anemia)
  • Melawan tumor dan kanser
  • Merendahkan paras gula dalam darah. Baik untuk masalah kembung dan lebihan air
Reshi:
  • Mebina imun – menbantu mencegah dan merawat kanser
  • Mengurangkan masalah bronkitis, sinusitis
  • Merawat sindrom keletihan yang kronik
  • Membantu mencegah penyakit jantung
Articok:
  • Membina semula sel hati
  • Merangsang pengaliran hempedu
Kunyit:
  • Mengandungi bahan anti oksida ( curcumin)
  • Meningkatan kesan anti keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan
  • Mempunyai kesan anti virel terhadap HIV
Schizandra:
  • Mengandungi bahan anti oksida
  • Merangsang sintesis protein
  • Meningkatkan enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi
  • Memperlahankan pembentukan toksin

KENAPA SHAKLEE BERBEZA?
  • Mengandungi bahan ekstrak dari biji benih pokok susu tisel (berfungsi menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi menjana semula sel-sel hati) yang menghasilkan 80% silymarin
  • Digabungan secara unik dengan ekstrak Schizandra dan cendawan Reishi (kaya anti oksida) dan ekstrak dandelion, kunyit dan anticok( membantu mengekalkan aliran hempedu)
  • Tiada perasa tiruan, pemanis atau pengawet tambahan

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

Saturday, 16 February 2013

Nutriferon

PRODUK: NUTRIFERON

Dicipta oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima

Satu-satunya suplemen yang dicipta oleh pakar imun - Dr. Yasuhiko Kojima.

Lebih daripada 40 Tahun Penyelidikan
 
Dr. Kojima berjaya mencipta NutriferonTM selepas beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain.

NutriferonTM mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower.  Boleh didapati secara eksklusif melalui Shaklee.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Satu-satunya interferon semulajadi di dunia – campuran empat ekstrak tumbuhan mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran interferon semulajadi tubuh.

Suntikan Interferon digunakan untuk merawat hepatitis, kanser, penyakit anjing gila, herpes dan HIV.

Interferon terbukti berkesan melindungi dari jangkitan influenza dan pelbagai penyakit.

 
FUNGSI DAN KEBAIKAN:
  • Meningkatkan imunisasi badan – mengukuh sistem imun dalam masa tiga hari iaitu dengan mengerah sistem pertahanan semulajadi melawan T-cells, B-cells dan makrofagMelawan kanser dan tumor – merangsang pengaktifan immunoglobin melawan sel tumor dan kanser
  • Membantu ketidak selesaan akibat rawatan kemoterapi
  • Melindungi dari influenza – melindungi dari respon persekitaran seperti
  • pencemaran dan alergi. Melindungi dari virus, mikrob, selsema, flu, alergi,
  • inflamasi, dan influenza
  • Mengurangkan masalah selsema terutama akibat perubahan cuaca
  • Meringankan stress dan kelesuan
  • Melambatkan penuaan – membantu menentang radikal bebas yang membolehkan sel lebih sihat
  • Mengurangkan infeksi oleh pesakit hepatitis B dan hepatitis C
  • Mengurangkan kesan menopous* - Hypertensi, tahap kolesterol yang tinggi,
  • kitaran darah, dan masalah lain berkaitan menopous akan menjadi lebih baik
  • Mengurangkan ketidakselesaan semasa PMS – mengurangkan kekejangan, sakit
  • belakang, sakit payudara, masalah jerawat, keresahan, insomnia dan mood swing

KANDUNGAN:
Campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi berasal dari biji labu, benih plantago, kuntuman Japanese Honeysuckle dan bunga safflower 

  • Biji labu: merangsang pengeluaran interferon semulajadi tubuh dan membantu menentang radikal bebas penyebab kanser
  • Biji Plantago asiatica : mengandungi polisakarida yang mengaktifkan sel imun
  • Japanese Honeysuckle : menentang pencerobohan virus dan kuman
  • Bunga Safflower : menghasil dan memperkuatkan keupayaan makrofaj juga memusnahkan kuman dan virus

SIMPTOM KEKURANGAN:
Berisiko mengundang virus, kuman dan mikrob yang melalui sistem pernafasan ( melalui udara punca dari penghawa dingin, gas buangan, asap, virus udara dan habuk) 

Virus boleh menjejaskan kita apabila tubuh badan kita kekurangan interferon dan sel imun.

Kesan kekurangan interferon:
  • Keletihan dan kelesuan
  • Stress atau tekanan
  • Terganggu tidur
  • Dijangkiti flu, batuk, alergi, eczema, jerawat dan lain-lain
  • Sel tidak sihat akan membetuk radikal bebas dan boleh mengakibatkan penyakit kronik atau kanser

SIAPA YANG PERLUKAN?
Mereka yang selalu mengalami alahan, dan mudah dijangkiti penyakit seperti kerap demam, batuk dan selsema

 
KENAPA SHAKLEE BERBEZA?
  • Formula tumbuhan semulajadi yang tulen, selamat dan berkesan
  • Diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang immunologi

MASALAH KESIHATAN:
  • Alergi hidung
  • Asma
  • Selsema dan flu
  • Batuk
  • Ulser mulut
  • Sinusitis ( resdung)
  • Hidung berdarah
  • Perokok
  • Sakit tekak ( tonsilitis)
  • Hepatitis
  • Diarhea
  • Ketagihan alkohol
  • Masalah ginjal dan pundi kencing
  • Cacar air
  • Psoriasis
  • Eczema
  • Lupus SLE
  • Arthritis
  • Penyakit kelamin
  • IQ kanak-kanak dan masalah kesihatan ( tidak boleh menelan)
  • Selsema (kanak-kanak)
  • Sakit perut (kanak-kanak)
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

PEPPERMINT-GINGER PLUS

PRODUK: PEPPERMINT-GINGER PLUS

Nyaman dan Melegakan

Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.

Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


FUNGSI DAN KEBAIKAN:
  • Mengurangkan rasa loya bagi ibu mengandung
  • Mengatasi masalah mabuk laut dan udara
  • Membuang angin dalam badan
  • Mengatasi masalah gastrik kronik
  • Memelihara sistem saluran penghadaman
  • Melegakan senak perut serta menyamankannya

KANDUNGAN
Halia:
  • Herba yang memelihara saluran penghadaman dengan membantu penghasilan enzim salvia untuk proses pencernaan
  • Mempunyai ciri semulajadi untuk melegakan senak perut serta menyamankannya
  • Memberi kelegaan kepada ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin semasa mengandung dan berpantang
  • Menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita
  • Merawat mabuk laut dan mabuk ketika dalam perjalanan atau pengembaraan
Pudina :
  • Melegakan otot perut kerana mempunyai kesan penenang
  • Membantu proses penghadaman, mabuk laut atau darat
  • Membantu melegakan masalah gastrik, pedih ulu hati dan cirit birit
  • Melegakan kesan sampingan muntah dan kehilangan selera makan kesan rawatan kemoterapi
  • Merangsang pengeluaran peluh ( membantu menghalang demam) ketika selsema
  • Membantu pemikiran yang jelas dan fokus
Pokok Andas ( fennel – jintan)
  • Membantu menghilangkan masalah kembung perut
  • Melegakan sakit perut, gejala flu
  • Membantu dalam masalah alergi dan saluran usus
Jintan manis (anise):
  • Melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan semasa haid, batuk dan kahak
  • Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan
  • Menahan kulat penyebab penyakit kulit biasa
  • Melegakan haba di musim panas dan lempab
  • Memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut di dalam perut

SIAPA YANG PERLUKAN?
  • Ibu mengandung dan berpantang
  • Mereka yang mabuk laut atau darat
  • Pesakit gastrik
  • Mereka yang mempunyai masalah penghadaman

KENAPA SHAKLEE BERBEZA?
  • Kombinasi empat herba barat dan timur dihasilkan di bawah prosedur standard dengan penggunaan teknologi sain masa kini
  • Secara klinikal sangat membantu dalam merawat dan mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa (angin) dan penghadaman.
  • Boleh dihancurkan dan dijadikan sebagai minuman herba semulajadi
  • Tiada perasa tiruan, pewarna atau pengawet tambahan

MASALAH KESIHATAN:
  • Nafas berbau
  • Gastrik dan ulser perut
  • Masalah pencernaan
  • Selera kurang
  • Hemorrhoids/ piles dan diarrhea
  • Arthritis
  • Sindrom PMS dan menopous
  • Selsema
  • Sakit perut
  • Cirit birit
  • Loya akibat kemoterapi
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

Garlic

PRODUK: GARLIC

Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah.  Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan.  Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. *

Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegahsebarang penyakit.


FUNGSI DAN KEBAIKAN:
  • Digunakan secara tradisional untuk melegakan batuk, selsema dan membantu melancarkan peredaran darah
  • Berdasarkan kajian: Mengambil 10 ulas bawang putih selama sebulan boleh menambah bahan anti-beku dalam darah
  • Mengurangkan paras kolesterol
  • Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
  • Merangsang organ hati mengeluarkan gula dari darah – menstabilkan glukos
  • Meredakan sakit sendi yang disebabkan bengkak
  • Menstabilkan glukos dalam tubuh
  • Menghapuskan bakteria
  • Merangsang sistem kekebalan imunisasi
  • Mempertingkatkan sistem penghadaman: Mengatasi masalah kembung perut, gastrik dan ketidakhdaman
  • Melegakan kekejangan akibat haid, otot, kebas kaki dan tangan
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mencegah sel kanser
  • Menghalang alergi: Mengurangkan masalah alahan seperti hidung sensitif, alergi, asma, selsema dan hepatitis
  • Berfungsi untuk detoks: mampu mengeluarkan raksa, kadium dan plumbum (logam toksik) yang terdapat dalam tubuh

Kandungan:
Spearmint:
  • Mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung
Allisin :
  • Sebatian yang berasal dari bawang putih yang dihasilkan apabila bawang putih dipotong halus atau dihancurkan.
  • Merupakan antibiotik semulajadi dan selamat digunakan dalam jangka masa panjang
  • Mempertingkatkan sistem imun tubuh
  • Menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida
Tinggi dengan karbohidrat, sedikit protein dan  lemak, serat serta Vitamin dan zat galian seperti vitamin C, zat besi dan potassium
 
KENAPA SHAKLEE BERBEZA?
  • Diperbuat daripada bawang putih jenis premium, bebas racun perosak dan ditanam secara organik di California - Mengekalkan komponen semulajadi bawang putih (allisin)
  • Dihasilkan secara esklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk pengekalan 100% Allicin aktif
  • Gabungan terhebat sumber semulajadi dari bawang putih, spearmint dan rosemary
  • Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic
  • Mengandungi vitamin E yang meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya pada tubuh manusia
  • 1 kaplet mengandungi 500mg bawang putih
  • Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan
AWAS: tidak semua produk garlic di pasaran mengandungi sebatian Allicin yang aktif
 
MASALAH KESIHATAN YANG BOLEH DIATASI:
  • Alergi hidung
  • Selsema da flu
  • Nafas berbau
  • Bronkitis
  • Batuk
  • Ulser mulut
  • Sinustis ( resdung)
  • Hidung berdarah
  • Sakit tekak / tonsil
  • Hepatitis
  • Fatty liver – masalah hati
  • Diarhea
  • Penyakit jantung , hypertensi dan strok
  • Kolesterol tinggi
  • Gout
  • Infeksi saluran urinari/ sistitis
  • Vertigo
  • Jerawat
  • Cacar air
  • Terbakar
  • Lupus SLE
  • Bau badan
  • Arthritis
  • Glaukoma
  • Masalah keputihan
  • Penyakit kelamin
  • Selsema
  • Demam
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

ADVANCED JOINT HEALTH TABLET

PRODUK : ADVANCED JOINT HEALTH TABLET

Menyokong Kesihatan Sendi Berpanjangan

Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendisendi.

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

FUNGSI DAN KEBAIKAN:
  • Menyokong kesihatan sendi berpanjangan
  • Menyokong pergerakan, kelenturan dan fungsi sendi yang sihat
  • Meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan seawal 5 hari – 28% lebih cepat berbanding jenama terkemuka
  • Meredakan kesakitan dan keradangan pada sendi
  • Memelihara tisu penyambung agar sentiasa sihat (kumprum, zink, vitamin c dan mangan bertindak membina kolagen)
  • Meningkatkan keupayaan kusyen dengan glukosamin untuk kebebasan bergerak- bertindak sebagai pelincir (ekstrak boswellia)

Kandungan:
Ekstrak Boswellia aktif dengan paten tertunda:
  • Mengandungi asid boswellik yang menghalang formasi leukotrien ( bahan kimia) daripada menyerang tisu sendi dan menyebabkan ketidakselesaan sendi
  • Kandunganya (AKBA) menghasilkan bioaktiviti yang lebih unggul
  • Berdasarkan kajian klinikal ke atas peserta yang mengambil AJHT: keselesaan sendi yang lebih baik, pergerakan yang lebih mudah, kemampuan yang lebih dalam melakukan aktiviti harian berbanding pengambilan satu lagi produk yang mengandungi ekstrak Boswellia tetapi tahap AKBA nya lebih tinggi
Ekstrak Jagung:
  • Membekalkan sumber Glukosamin yang pekat
  • Fungsi glukosamin ( sejenis gula amino) adalah sebagi blok utama pembinaan strukturproteoglycans, komponen struktur rawan dan cecair pelinciran antara tulang
  • Glukosamin membantu meningkatkan mobility, pergerakan dan fleksibiliti
  • Sumber glukosamin AJHT adalah dari sumber tumbuhan; kebanyakan sumber glukosamin produk kesihatan lain adalah dari sumber kekerangan
Vitamin C : membekalkan 100% nilai harian vitamin C, nutrien penting untuk penghasilan kolagen

Zink, tembaga, mangan : mineral surih yang diperlukan untuk membina tisu penghubung

 
Beza sendi yang stress dengan yang sihat
Kesan stress berterusan , kerja terlalu kuat, haus dan lusuh menyebabkan :
  • Rawan menjadi lemah dan rapuh
  • Tisu penyambung sekeliling terurai
  • Geseran berlaku antara tulang yang menyebabkan pengeluaran bahan yang boleh menyerang rawan dan menyebabkan ketidakselesaan dan mobiliti terhad
Sendi yang sihat; AJHT membantu sendi sihat dengan 3 cara:
  • Meningkatkan chusioning: Glukosamin membantu memelihara rawan – chusioning perlindungan antara sendi yang membolehkan sendi bergerak bebas
  • Memelihara tisu penyambung: Zink, kuprum, manganese, dan vitamin C membantu membina kolagen dan lain-lain  komponen tisu penghunbing yang memberi kekuatan pada struktur sendi
  • Meningkatkan keselesaan sendi: ekstrak Boswellia membantukan mekanisme respon stress tubuh untuk memperbaiki keselesaan sendi

SIAPA YANG PERLUKAN?
  • Lelaki dan wanita dewasa yang mencari produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi
  • Orang muda yang mempunyai gaya hidup lasak dan aktif
  • Warga emas yang mempunyai masalah sendi
  • Orang dewasa yang mempunyai berat badan berlebihan

KENAPA SHAKLEE BERBEZA DARI PRODUK LAIN DI PASARAN?
Kesan pengambilan seawal 5 hari – 28% lebih cepat berkesan, 45% meningkatkan keselesan sendi berbanding  produk jenama terkemuka

Ciri-ciri:
  • 100% bebas kekerang
  • 100% vegetarian
  • 100% bebas kondrotoitin untuk penyerapan glukosamin yang baik
  • Hanya 2 tablet sehari
  • Kaplet yang mudah ditelan
  • Tiada perasa tiruan, pemanis dan pengawet tambahan
  • Bebas Gluten

PENGAMBILAN AJHT SECARA BERTERUSAN  MENGURANGKAN MASALAH KESIHATAN SEPERTI BERIKUT:
  • Arthritis
  • Sakit badan dan sakit sendi
  • Keradangan
  • Osteoporosis atau kerapuhan tulang
  • Patah tulang

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

Saturday, 9 February 2013

GLA Complex

PRODUK: GLA COMPLEX

Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *

Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 



FUNGSI DAN KEBAIKAN
  • GLA ( asid linolenik gamma) digunakan oleh wanita untuk memelihara kesihatan semasa kitaran haid setiap bulan
  • Menggalakkan kesihatan semasa kitaran haid
  • Menyokong fungsi imunisasi
  • Memberikan rasa kelegaan semasa haid
  • Membantu melegakan simptom senggugut dan menopous (putus haid)
  • Menggalakkan kulit yang cantik
  • Melegakan sakit kepala semasa haid
  • Mengatur kitaran haid pada tahap normal
  • Borage mampu merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina
  • GLA membantu mengawal selia hormon estrogen dan testostren ;hormon yang memperbaiki simpton PMS seperti mood swing, kesakitan, retensi air dan sakit payudara
  • Melambatkan menopous – memperbaiki keadaan menopus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depressi
  • Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda
  • Membantu masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing
  • Kandungan antioksidaan mampu menentang kanser dan pertumbuhan tumor
  • Membantu mengatasi masalah eczema, inflamasi kulit, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap
  • Meringankan sakit dan bengkak yang terjadi akibat rheumatisma , artritis
  • Menghalang komplikasi akibat diabetes – merendahkan gula dalam darah , berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua.
  • Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan gula dalam darah yang tinggi
  • Pelangsingan dan menghalang pertambahan berat badan - mengurangkan paras kolesterol LDL, menghalang pertambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot supaya terbentuk cantik secara berperingkat. Ambil ketika perut kosng untuk mengelak keasidan hiper
  • Menghalang tekanan darah tinggi – menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infraction
  • Memperbaiki tekstur rambut – mengatasi masalah rambut kering dan rambut gugur
  • Hyperaktif dab autism ( ADD/ADHD) – dubuktikan secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautism, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif

KANDUNGAN
  • Minyak Borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA)- sangat pekat tetapi sangat mudah terserap
  • GLA – sejenis asid lemak Omega-6 digunakan oleh badan untuk membentuk prostaglandin(hormon yang mengawalatur proses badan normal)
  • Minyak bunga matahari – sumber asid lemak Omega-6
  • Vitamin E – membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel

SUMBER MAKANAN
  • GLA asid linoleik adalah sama penting dengan asid amino, ia tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia hanya diperolehi dari sumber makanan

SIAPA YANG PERLUKAN
  • GLA bukan hanya untuk wanita
  • Sangat penting untuk kanak-kanak
  • Remaja
  • Dewasa
  • Selepas menopous dan andropous ( menopous lelaki)

SHAKLEE BERBEZA
  • Kebanyakan GLA dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO) manakala GLA Shaklee pula dihasilkan dari ekstrak Borage yang mengandungi 2 kali ganda GLA dalam EPO
  • Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO
  • Penanam Borage adalah dilakukan secara organik bagi menjamin hasil ketulenan GLA yang terhasil
  • Merupakan sumber terbaik Omega-6 kerana dalam 1 biji mengandungi lebih 300mg GLA
  • Gabungan minyak bunga matahari dan vitamin E menjadikannya lebih berkesan dan meningkatkan kestabilan
  • Dibuktikan secara klinikal bahawa Bioavailablitinya mampu menyerap dan mengadung ke dalam sel dan tisu
  • Tiada perisa tiruan, pemanis dan pengawet tambahan

PANDUAN PEMILIHAN
  • Diambil bersama ostematrix dan Omega guard untuk hasil yang optimum

MASALAH KESIHATAN
  • Diabetes: menstabilakn gula dalam darah
  • Berat badan berlebihan: mengatasi masalah berat badan akibat perubahan hormon(mengimbangi); berat air
  • Jerawat: mampu mencairkan sebum yang berminyak dan mengurangkan pori tersumbat
  • Bintik penuaan/pigmentasi: mengatasi masalah ketidakseimbangan hormon
  • Proriasis: membantuk mengurang dan menghalang pengeringan kulit
  • Ezcema: mengurangkan masalah gatal dan inflamasi dengan pembetukan baru sel dengan lebih cepat
  • Kulit yang cantik: membantu meyeimbangkan hormon ( biasanya kulit bermasalah adalah kerana masalah hormon tidak stabil dan kekurangan vitamin)
  • Lupus SLE: menggalakkan kulit yang sihat
  • Rambut gugur: mengimbangi hormon terutamanya pada wanita
  • Arthritis: mengawal sakit dan inflamasi
  • Masalah kuku: menyihatkan kuku dan melindunginya daripada pecah
  • Anti penuaan: menggalakkan kulit yang sihat dan menyeimbangkan hormon
  • Masalah prostat: EFA membantu mengelak bengkak dan inflamasi prostat
  • Kemandulan wanita: mengatasi masalah kemandulan biasa akibat hormon yang tidak stabil ( membantu kestabilan)
  • Ketiadaan nafsu berahi: mengimbangi hormon
  • Masalah keputihan: berkesan sebagai bahan anti kulat
  • Masalah PMS (haid) dan pre menopous): mengimbangi tahap hormon dan mengawal penghasilan prostagladin; penting untuk penghasilan estrogen ketika menopous
  • ADHD: membantu kanak-kanak authisme dan hiperaktif
  • Fibroid: mengawal ketidak stabilan hormon
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

Keletihan dan Kelesuan



Punca keletihan dan kelesuan:
  • Pemakanan tidak seimbang dan makan secara tidak sihat
  • Tekanan dan stress boleh mengundang kepada gejala keletihan
  • Tahap protein yang rendah di dalam badan
  • Masalah berat badan - obesiti
  • Masalah tidur terganggu atau kurang tidur - insomnia
  • Pengambilan kafein berlebihan
  • Tidak bersenam atau melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh
  • Kekurangan air kosong dalam diet harian
  • Pengambilan ubat-ubatan yang biasanya mengandungi drug
  • Masalah replikasi sel darah merah atau anemia
  • Kekurangan nutrien
  • Penukaran tenaga yang tidak sepadan
  • Masalah hormon - penghasilan hormon stress dalam badan oleh kelenjar adrenal
  • Masalah peredaran darah yang tidak lancar- tahap oksigen menjadi rendah sekiranya aliran darah tidak lancar kerana fungsi darah (hemoglobin) adalah mengangkut oksigen
  • Keasidan badan yang tinggi - faktor pemakanan kurang seimbang dan pembentukan bakteria jahat di dalam usus
  • Masalah usus yang tersumbat atau kurang bersih menyebabkan penyerapan nutrien terganggu

Tips mengurangkan keletihan dan kelesuan:

  • Mengamalkan pemakanan yang seimbang dan mendapat nutrisi yang secukupnya untuk tubuh anda - makanan tambahan dapat membantu kekurangan nutrisi tubuh anda
  • Bersenam setiap hari atau melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh
  • Bergerak cergas boleh mengurangkan keletihan dan kelesuan yang kadang-kadang berpunca dari rasa bermalas-malasan
  • Melakukan aktiviti riadah dan mengirup udara segar bagi membantu mengurangkan tekanan
  • Solat lima waktu mampu mengembalikan cas-cas dan ion-ion yang diperlukan oleh tubuh terutamanya solat berjemaah
Hikmah Solat Berjemaah: Mengimbangi Cas Positif dan Negatif
  • Mengamalkan gaya hidup sihat dengan tidak merokok atau mengambil alkohol

Cadangan produk mengatasi keletihan dan kelesuan:
 

Vivix: Ramuan penuaan ajaib di dunia
  • Membantu 4 mekanisme penuaan pada tahap sel iaitu mengurangkan kerosakan DNA, melindungi pengawalan genetik, memperbaiki pengeluaran tenaga yang kian menurun oleh sel dam mengurangkan penimbunan protein AGE
  • Membantu peningkatan tenaga pada tahap sel kerana vivix boleh melindungi dan memperbaiki sel badan
  • Menggalakkan pembentukan baru mitochondria ( penjana tenaga) untuk meningkatkan tahap tenaga dalam sel
  • Membantu melambatkan pembentukan protein AGE ( Advanced Glycation End Products) yang menganggu keutuhan sel. Ianya 10 kali lebih kuat berbanding resveratol (kandungan unik dalam anggur muscadine)
*Resveratrol adalah sejenis anti-oksida yang kebanyakannya ditemui pada kulit anggur.

ESP:Kandungan protein dengan asid amino yang lengkap

  • Merupakan pembekal tenaga segera ( protien asid amino yang lengkap).
  • Kandungan protein yang tinggi dan indeks glisemik (GI) yang rendah adalah penting untuk kekal bertenaga kerana GI yang rendah akan menukarkan karbohidrat dengan cepat tetapi memecahkan gula secara perlahan-lahan
B Complex:vitamin B yang lengkap B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin
  • Mengandungi vitamin B1, B2, B3 yang berfungsi menukar makanan kepada tenaga
Vitalea :Multivitamin yang lengkap
  • Penambahan tenaga segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental
  • Membantu anda lebih fokus dan bertenaga dalam urusan kerja / pembelajaran harian anda
  • Pelengkap nutrisi iaitu menampung mana-mana  keperluan tubuh yang tidak mencukupi dalam diet harian anda
  • Mengandungi vitamin B1, B2, B3 yang berfungsi menukar makanan kepada tenaga
Energy Tea
  • Kandungan Taurina nya bertindak sebagi pembekal tenaga dan ketahanan badan
  • Membantu mengekalkan kecergasan badan
Vitamin C: Pelepasan Secara Berperigkat
  • Membantu dalam penghasilan kolagen yang mampu menghalang otot dari menjadi lembik. Kolagen merupakan sebatian asas untuk otot.
Omega Guard: Asid Lemak Terbaik
  • Membantu melancarkan peredaran darah dan melicinkan saluran darah. Membantu sistem badan lebih menjadi lebih lancar. Kandungan Asid Lemak Omega-3 penting untuk menukarkan EPA dan DHA secara berkesan
Alfalfa Complex :Raja Segala Tumbuhan
  • Melegakan keletihan dan membantu merawat kebanyakan penyakit kerana ia kaya dengan protein dan asid amino serta vitamin dan zat galian yang lain
  • Ia membantu mengalkali kan badan yang berasid punca letih dan lesu
HerbLax: Pencuci Lembut Pada Usus
  • Membantu mencuci usus kerana dengan itu nutrien dan zat akan lebih mudah menyerap bagi penambahan dan pengekalan tenaga.
  • Membantu menyingkirkan sisa toksin di dalam tubuh dan usus

Meal Shakes

PRODUK: MEAL SHAKES



Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
  • Sarapan segera yang berkhasiat
  • Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
  • Hidangan segera untuk para atlet
  • Kudapan menarik pada bila-bila masa
  • Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium
Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.


FUNGSI DAN KEBAIKAN:
  • Menyediakan 24 jenis vitamin dan mineral penting – nutrien asas untuk anak-anak yang sedang membesar dan remaja untuk terus kuat dan sihat
  • Mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak bagi memudahkan lagi kadar penyerapan vitamin dan mineral
  • Membekalkan nutrisi lengkap pada sel tubuh – kaya dengan protein bagi membantu pembinaan sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan keseluruhan sistem tubuh
  • Mempunyai indeks glisemik yang rendah – sesuai untuk mengawal masalah diabetes
  • Membantu tumbesaran anak pada tahap normal – mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium untuk membina tulang dan proses pembesaran
  • Anti-oksida – mengandungi vitamin A, C, E, zunk, selenium yang merupakan agen antioksida yang bertindak melawan jankitan dan melambatkan proses penuaan
  • Detoks – kaya dengan serat yang membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus
  • Mengatasi masalah sembelit
  • Membantu bertenaga sepanjang hari
  • Membantu meningkatkan tahap kepekaan dan penumpuan
  • Memelihara kesihatan secara menyeluruh

Kekurangan zat dalam sumber pemakanan boleh menyebabkan:


Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh. Kekurangan zat boleh menyebabkan mudah mendapat serangan penyakit dan kesihatan akan merosot. Sistem imunisasi juga tidak dapat bekerja sebaiknya.



Meal Shakes sesuai untuk semua:

  • Bayi berusia 1 tahun ke atas
  • Kanak-kanak membesar-Hidangan yang lazat terutama bagi kanak-kanak yang kurang selera makan
  • Pelajar – membantu fokus dan peka dalam pembelajaran
  • Ibu mengandung – membekalkan pelbagai nutrisi keperluan ibu dan bayi dalam kandungan
  • Orang yang sibuk bekerja-Sarapan segera yang sihat bagi mereka yang sentiasa sibuk dalam memulakan hari
  • Pengamal vegetarian
  • Orang Sakit -Sangat sesuai bagi mereka yang sukar atau tidak suka menelan vitamin tablet
  • Para atlet – membekal tenaga segera dan protein
  • Orang yang suka mengambil makanan ringan-Bagi mereka yang suka makan tidak tentu masa, ia merupakan kudapan yang menarik pada bila-bila masa
  • Sesuai untuk yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat kerana hidangannya yang ideal, rendah kolesterol, lemak dan sodium

FAKTA NUTRISI

Tanpa campuran ( Meal shake dan air sahaja)

CALORI            120
CALORI FROM FAT    5
        % Daily Value
Total Fat 0.5g*               1%
    Saturated Fat     0 g    1%
    Trans Fat           0 g
    Polyunsaturated Fat 0g
Monounsaturated Fat 0g
Cholesterol <5 mg           1%
Sodium 80mg                  3%
Pottasium 230mg             7%
Total Carnohydrate 23g    8%
    Dietary Fiber 3g          12%
    Soluble Fiber 3g
    Sugar 16 g
Protein 7g                      14%
Vitamin A                       25%
Vitamin C                       30%
Calcium                         20%
Iron                              35%
*% is based on 2000kCal per day



SHAKLEE BERBEZA:

  • Mengandungi 9 asid amino yang lengkap dengan jumlah yang seimbang dan diperlukan untuk tumbesaran
  • Rasanya yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi; peggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga
  • Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan
  • Nutrisinya mudah diserap – didatangkan dalam bentuk serbuk/tepung
  • Diperbuat dari bahan semulajadi – buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, *lactalbumin(sejenis susu) dan lain-lain
* Lactalbumin – bahan yang mengandungi organisma protein yang berkualiti dan mudah diserap dari bayi hingga ke dewasa. Kebiasaanya mengandungi nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.

 

MASALAH KESIHATAN:
  • Fatty liver – meal shakes lengkap dengan vitamin mineral
  • Kurang selera makan– meal shakes lengkap dengan vitamin mineral
  • Masalah pencernaan– meal shakes lengkap dengan vitamin mineral
  • Anemia– meal shakes lengkap dengan vitamin mineral
  • Tekanan darah rendah– meal shakes lengkap dengan vitamin mineral
  • Bina badan / kurang berat badan- diambil selepas makan
  • Terbakar – mengimbangi nutrien
  • Kulit yang cantik – mengimbangi nutrien
  • Mata malas / selalu mengantuk – meal shakes lengkap dengan vitamin mineral
  • Anti Penuaan  – meal shakes lengkap dengan vitamin mineral
  • IQ kanak-kanak dan masalah kesihatan (jika tidak boleh menelan) – membekal nutrien kepada sel dan membantu pertumbuhan
  • Selsema – Mengandungi A, C, E , zink, selenium ( agen antioksida)
  • Kanser dan tumor – Imabangi vitamin dan mineral
  • Sebelum,selepas pembedahan atau semasa rawatan – nutrien yang lengkap
  • Dalam pantang dan menyusu – nutrien yang lengkap untuk sel
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit