Thursday, 7 February 2013

Kemurungan

Kemurungan bukan sahaja boleh berlaku kepada orang dewasa malahan kanak-kanak juga berisiko mengalami masalah kemurungan juga.

Apa itu kemurungan?


Kemurungan: Gangguan kemurungan adalah sejenis penyakit mental yang membabitkan badan, perasaan dan fikiran. Kemurungan bukan bersifat sementara dan tidak boleh dihilangkan dengan keinginan semata-mata. Mereka yang mengalami penyakit ini akan berasa sedih atau ‘kosong’ secara berpanjangan serta hilang semangat untuk teruskan kehidupan.


Siapa yang berisiko untuk mendapat kemurungan?
  • 15-25% golongan wanita berisiko mendapat masalah kemurungan
  • Boleh berlaku kepada kanak-kanak dan juga orang tua (tetapi golongan pertengahan adalah lebih berisiko)
  • Remaja perempuan yang melayari laman sosial lebih dari 3 jam sehari
  • Ibu mengandung dan berpantang juga berisiko untuk mengidap kemurungan
  • Pelajar sekolah menengah dan ke atas. (kolej / universiti)
  • Individu yang tiada pasangan hidup (duda/janda/balu)
  • Mereka yang pernah mempunyai sejarah keluarga yang mengidap kemurungan (2 hingga 3 kali ganda lebih berisiko berbanding mereka yang tidak mempunyai sejarah keluarga berkaitan kemurungan atau masalah mental)

Kemurungan terbahagi kepada dua bahagian kemurungan peringkat awal dan kemurungan major. Kawal masalah kemurungan dari peringkat awal sebelum menjadi kemurungan major!!

Sedikit info kemurungan dikalangan pelajar :sumber harian metro

Tanda-tanda kemurungan:
  • Rasa sedih yang melampau - Merasa sedih tanpa sebab dan tidak berhenti merasainya
  • Perubahan dalam selera makan-  Biasanya seseorang itu akan mengalami masalah kurang selera makan dan tidur yang terganggu serta sukar untuk tidur
  • Sentiasa rasa bimbang dan resah tidak menentu - Kadangkala seseorang ituakan merasa keresahan, marah, risau dan berasa berkocak dalam hati
  • Sikap tidak peduli atau tidak ambil tahu hal-hal yang penting berkait dengandiri sendiri atau keluarga - Kadangkala menyebabkan rasa pesimis dan sikaptidak peduli
  • Kurang bertenaga - mengalami situasi dimana meracau tidak tentu hala atauberlari tanpa arah tujuan yang menandakan fikiran terganggu menyebabkan mudah keletihan

Cara mengatasi kemurungan peringkat awal:
  • Meningkatkan amalan kerohanian seperti berisghtifar, mengaji dan solat
  • Sokongan dan bantuan dari ahli keluarga
  • Mendapatkan rehat yang cukup
  • Mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan dan beriadah
  • Sekali-sekala tenangkan fikiran anda dengan bercuti
  • Penuhi masa dengan aktiviti yang membolehkan anda lupa kepada punca masalah
  • Mendengar muzik yang menenangkan
  • Mandi air suam untuk menenangkan dan baik untuk pengaliran darah
  • Manjakan diri anda di spa juga boleh membantu mengatasi tekanan punca kemurungan
  • Kemurungan yang kritikal memerlukan bantuan doktor psikiatri dan ubat-ubatan khas untuk mengatasi kemurungan.
  • Makanan seimbang dab Vitamin B kompleks boleh mengatasi kemurungan

Cadangan suplement untuk mengurangkan risiko kemurungan:

Omega Guard: Mengandungi asid lemak (omega -3) yang penting untuk kesihatan manusia. Omega-3 hanya boleh didapati dalam ikan beriklim sejuk seperti ikan kod dan hanya terdapat di dalam sesetengah minyak sayuran sahaja. Omega-3 boleh didapati dalam sumber makanan harian tertentu dan suplement sahaja kerana badan kita tidak mampu menghasilkannya sendiri. Omega-3 boleh digunakan untuk membantu kemurungan dan lain-lain masalah psikologi di samping pelbagai manafaat penting yang lain terutamanya untuk jantung. Emmons mengesyorkan dos 2,000 hingga 4,000 miligram atau lebih apabila diambil untuk masalah emosi.

B Complex: Vitamin B penting untuk metabolisme sel dan penyelenggaraan sistem saraf pusat. Emmons mengesyorkan B-kompleks (vitamin b shaklee mengandungi 8 jenis vitamin B yang lengkap) atau multivitamin untuk memastikan mendapat banyak vitamin B, yang boleh membantu menstabilkan membran sel saraf.Vitamin B merupakan vitamin larut air dan cepat hilang dari tubuh badan jadi adalah digalakkan mengambilnya terus dalam bentuk tablet untuk mendapat zat yang sepatutnya.Sumber vitamin B boleh didapati dalam pelbagai jenis makanan harian anda.

Vita-Lea Iron Formula (Multivitamin): Mengandungi Vitamin D yang terbukti berkesan sebagai penambah mood, sekurang-kurangnya satu kajian yang melaporkan kebaikan daripada vitamin D dalam merawat gangguan afektif bermusim, satu bentuk kemurungan yang berlaku semasa bulan-bulan musim sejuk.Terdapat 200IU vitamin D di dalam sebiji Vitalea iron formula.


1 comment:

  1. Di Amerika Syarikat sahaja, kira-kira 15 juta orang dewasa mengalami gejala kemurungan dan telah secara rasmi didiagnosis dengan penyakit itu. Jadi kena ambil serius jika ahli keluarga mendedahkan symptom kemurungan.

    ReplyDelete