Saturday, 9 February 2013

Kerapuhan Tulang

Kerapuhan Tulang 

Adakah anda berusia 28 tahun ke atas? Tahukah anda jisim tulang berkembang kepada maksimum pada umur 28 tahun dan mengurang selepas usia itu? Anda mungkin berisiko mengidap keRAPUHAN TULANG terutamanya pada wanita.

Kerapuhan tulang sukar untuk dikesan pada peringkat awal jadi cegahlah kerapuhan tulang sebelum ia perlu dirawat.

MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT!!

Info mengenai kerapuhan tulang:

Osteoporosis ialah sejenis penyakit tulang yang dicirikan oleh pengurangan
ketumpatan mineral tulang, gangguan mikroarkitektur tulang, dan perubahan
jumlah serta jenis protein bukan kolagen di dalam tulang. Tulang osteoporosis lebih mudah patah. Sebab utama osteoporosis berlaku ialah kekurangan kalsium.

Osteoporosis ditakrifkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sebagai:    ketumpatan mineral tulang 2.5 sisihan piawai di bawah puncak jirim tulang (purata orang sihat jantina sepadan berumur 20 tahun) sebagaimana yang diukur oleh DXA; atau fraktur kerapuhan.

Sedangkan rawatan semakin boleh didapati (umpamanya bisfosfonat), pencegahan masih dianggap sebagai cara yang paling penting untuk mengurangkan kejadian tulang patah. Disebabkan oleh komponen hormon, lebih banyak orang wanita, khususnya selepas putus haid, menghidapi osteoporosis berbanding dengan orang lelaki. Tambahan pula, osteoporosis boleh diakibatkan oleh berbagai-bagai keadaan hormon, serta merokok, dan ubat (khususnya glukokortikoid).

sumber:

Ketahui simpton kerapuhan tulang dan cara mengatasinya.

Simpton:
  • Kekejangan pada waktu pagi
  • Sakit sendi - sendi membengkak dan sakit
  • sukar untuk berdiri lurus
  • Sukar untuk duduk
  • Kepatahan tulang tanpa hentaman atau hentakan
Cara mengatasi: mendapatkan sumber vitamin dan mineral untuk keperluan tulang seperti:

Kalsium
Meskipun kalsium begitu penting, didapati di AS hanya 25 peratus wanita yang menghidap osteoporosis mengalami kekurangan kalsium.Bukti baru ini dengan jelas menunjukkan vitamin D, magnesium, kuprum, zink,boron dan mangan juga penting untuk mewujudkan tulang yang kuat dan sihat.

Semua nutrien ini hendaklah diambil bersama untuk mendapatkan metabolisme tulang yang optimum.

Malah, ketiadaan hanya satu nutrien sekalipun boleh mengakibatkan tulang menjadi lemah dan membawa kepada osteoporosis. Lelaki dan wanita seharusnya mengambil suplemen kalsium sebanyak 800 hingga 1,500 miligram (mg) sehari bersama dengan makanan untuk penyerapan yang optimum.

Vitamin D
Vitamin D membantu badan menyerap kalsium. Paras vitamin D yang rendah adalah perkara biasa bagi wanita terutama yang sudah berumur.Kekurangan vitamin D boleh menyebabkan kekurangan kalsium dan akan menyebabkan tulang menjadi lembut (osteomalacia).Pakar mengesyorkan pengambilan harian vitamin D antara 400 dan 800 unit antarabangsa (IU).

Magnesium
Magnesium perlu untuk pemeliharaan dan pergerakan kalsium dalam tulang dan
diperlukan untuk penggunaan vitamin D.Kekurangan magnesium sudah menjadi perkara biasa dan merupakan faktor risiko utama bagi osteoporosis.U.S. RDA untuk magnesium ialah 400 mg setiap hari. (U.S. RDA yang disebut di sini ialah untuk orang dewasa, kecuali wanita hamil atau ibu-ibu menyusu, dan kanak-kanak yang berumur lebih empat tahun).

Mangan
Mangan merupakan mineral surih diperlukan untuk membentuk tisu-tisu penyambung yang membentuk matriks, tempat pengumpulan mineral berlaku.
Pengambilan harian yang disyorkan untuk mangan ialah 2 mg.

Boron
Boron diperlukan untuk menukar vitamin D kepada bentuk aktif. Ini menerangkan mengapa kekurangan boron akan menjejaskan metabolisme kalsium dan pembentukan tulang.Boron mengurangkan kesusutan kalsium daripada tulang-tulang. Walaupun tidak ada RDA rasmi bagi boron, dosej harian yang mengandungi antara 1.5 hingga 3.0 mg boron adalah selamat dan mencukupi.

Zink
Zink menyokong pembentukan tulang dengan memperkuatkan tindakan vitamin D. Zink juga membantu mengekalkan struktur tulang dan terbabit dalam pembinaan tulang.

Kuprum
Kekurangan kuprum mungkin akan menyebabkan pengumpulan tulang yang tidak normal. Kuprum membantu membentuk blok-blok binaan untuk tulang-tulang.

Artikel Penuh: Utusan Melayu (M) Bhd


Semua orang mengetahui kalsium dapat mengurangkan risiko rapuh tulang. Tetapi ramai yang tidak mengetahui hakikat sebenar kalsium yang bagaimana
mampu memberikan sumber kalsium premium dan terbaik:

Tips memilih kalsium premium:
  • Pilih produk yang mengandungi vitamin D dan magnesium
  • Elakkan produk yang diperbuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum
  • Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.
Cadangan produk membantu mengurangkan risiko kerapuhan tulang:

Ostematrik
  • Membantu mengekalkan tulang yang kuat, kandungan magnesium dan boron nya 
  • Membantu memastikan ketumpatan tulang berada pada tahap sepatutnya.Mengandungi Kalsium, Magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kumprum, manganes dan boron 
  • Membantu mengurangkan kekejangan, kebas-kebas, sakit tulang dan arthritis
1 biji Ostematrix = segelas susu tinggi kalsium = 80 biji badam

Advanced Joint Health Tablet (AJHT) 
  • Memperbaiki keselesaan sendi dan membantu menyihatkan sendi anda untuk tempoh jangka panjang*. 
  • Mengandungi ekstrak jagung pekat yang membekalkan glukosamin yang diperlukan untuk keselesaan tulang
Collagen Powder
  • Membekalkan kolagen untuk keperluan tulang anda kerana kolagen merupakan sumber yang menghasilkan tulang serta rawannya
Vitalea
  • Mengandungi mineral yang diperlukan oleh tulang untuk mengekalkan kesihatan dan ketumpatan tulang.  
  • Mengandungi vitamin D untuk kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis. 
  • Asid folik: membantu mengurangkan risiko tulang rapuh
  • Kalsium: untuk kekuatan tulang dan mencegah osteoporosis
  • Fosforus: meningkatkan kepadatan tulang
  • Magnesium: kesihatan tulang dan gigi
Vitamin C
  • Membekalkan dan membantu penghasilan kolagen untuk kesihatan tulang dan membantu dalam pembentukan tulang dan rawan.
Alfalfa Complex
  • Kaya dengan mineral penting yang dapat membantu menyihatkan tulang dan rawan. Ia juga membantu mencegah dan merawat arthritis
B complex
  • Vitamin B6: folic menyediakan lebih perlindungan untuk tulang anda
ESP
  • Membantu penyerapan kalsium dan melindungi kekuatan tisu penghubung.
  • Mengandungi protein ( asid amino) yang memperbaiki sel-sel badan

No comments:

Post a Comment