Thursday, 7 February 2013

Kolesterol

Kurus tidak bermakna kolesterol anda tidak tinggi tetapi anda yang obesiti mempunyai risiko lebih tinggi untuk mempunyai kolesterol yang tinggi. Jom baca info mengenai kolesterol....

Ketahui apa itu kolesterol dan fungsinya.


Kolesterol adalah sejenis lemak yang dihasilkan di hati atau di usus. Kolesterol ini berfungsi untuk menghasilkan hormon dan membentuk membran sel seterusnya dibawa ke seluruh badan manusia melalui plasma darah. Selain itu, kolesterol juga penting dalam pembentukan asid hempedu dan Vitamin D di dalam badan.

Kesan kolesterol berlebihan:
  • Menyebabkan penyakit kardiovaskular seperti strok dan penyakit berkaitan
  • Saluran darah tersumbat menyebabkan tekanan darah tinggi
  • Mengundang penyakit batu hempedu dan mati pucuk
  • Menyebabkan masalah obesiti

Bagaimana ingin mengetahui paras kolesterol dalam darah?


Salah satu cara untuk mengetahuinya ialah dengan melakukan ujian darah di makmal. Anda bolehlah mendapat bantuan pegawai perubatan untuk membantu mengetahui paras kolesterol dalam darah anda.

Tips mengelakkan kolesterol berlebihan dalam badan.
  • Kurangkan berat badan anda dengan bersenam seperti bersukan atau berbasikal sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
  • Orang yang ringan tulang lebih banyak membakar kalori berbanding mereka yang malas bergerak
  • Hindari tabiat merokok kerana merokok meningkatkan risiko untuk menaikkan paras kolesterol dalam darah
  • Mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil pemakanan seimbang dan makanan tambahan
  • Berhati-hati mengambil ubat-ubatan kerana sesetengah ubatan boleh meingkatkan kadar trigliserida. Dapatkan nasihat doktor jika ingin mengambil sebarang ubat-ubatan
  • Jauhi alkohol dan gaya hidup kurang sihat
  • Elakkan stress kerana stress boleh mengundang ketidakstabilan hormon dalam badan dan boleh mengundang kita untuk makan dengan lebih banyak
  • Peka terhadap kesihatan tubuh, amalkan minum susu yang boleh membantu mengurangkan kolesterol dalam darah
  • Oat boleh mengurangkan risiko peningkatan kolesterol dalam darah.Oat mengandungi beta-glukan, yang membantu menyingkirkan kolesterol jahat. Untuk mendapatkan hasil terbaik, kita boleh membiasakan diri dengan menggantikan sarapan oat setiap hari. Minum dua gelas susu bersama sekurang-kurangnya tiga sudu makan oat setiap hari dapat menurunkan paras kolesterol.

Cadangan suplemen untuk membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah:
  • B Complex - Mengandungi 8 vitamin B yang lengkap dan salah satunya Vitamin B3 (niacin) membantu menurunkan paras kolesterol.
  • Garlic - Membantu merendahkan kadar kolesterol dan tekanan darah

  • Omega Guard - Mengandungi EPA dan DHA menurunkan kadar kolesterol yang tidak diperlukan (LDL)

  • Vitamin C - Membantu menurunkan kadar kolesterol dan menguatkan dinding arteri

  • Vitamin E - Membantu memperbaiki peredaran darah

  • Lecithin - Membantu memecahkan deposit kolesterol dan menyingkirkan kolesterol yang tidak diperlukan oleh tubuh. Ia mampu mencairkan lemak terutamanya kolesterol. Ia juga membantu menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL) - Membantu mengawal paras triglycerides (a type of fat found in your blood. Your body uses them for energy)dan membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah. Lecithin mampu mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol

No comments:

Post a Comment