Thursday, 28 March 2013

Kekurangan Air Dalam Badan

Bahaya Kurang Air dalam Badan


Kenapa kita disyorkan meminum air sekurang-kurangnya lapan gelas (minimum dua liter) sehari?  Tentu ada sebabnya bukan? Tetapi bagi mereka yang mengambil suplemen / makanan tambahan adalah digalakkan mengambil tiga liter air kosong sehari. Air sirap ke, kopi ke tu semua tak termasuk dalam kategori air yang keperluan tiga liter sehari tu tau. AIR KOSONG SAHAJA!!!Jom kita intai-intai info dari majalah REMAJA

Tubuh manusia memerlukan air untuk mengekalkan tahap kepekatan darah normal dan cecair lain secukupnya bagi membolehkannya berfungsi dengan sempurna. Di samping keperluannya sebagai cecair badan, tubuh juga memerlukan air untuk kegunaan bahan elektrolit lain. Bahan elektrolit lain yang dimaksudkan adalah seperti garam yang lazimnya terdapat di dalam darah, cecair tubuh yang lain dan sel-sel.

Dehidrasi merupakan kehilangan air dan garam daripada badan. Ia juga boleh dimaksudkan sebagai kekontangan. Badan manusia boleh kehilangan cecair melalui pelbagai cara. 

Kehilangan cecair dalam badan:
  • Ketika membuang air kecil atau besar
  • Semasa muntah atau mengalami cirit-birit
  • Berpeluh 
  • Melalui paruparu semasa bernafas
  • Aktiviti seharian yang aktif
Jika badan kehilangan sejumlah besar cecair serta garam dan tidak digantikan dengan segera seperti meminum air, badan akan kekeringan atau kekontangan. 

Kesan kekurangan air dalam badan:
  • Tekanan darah rendah
  • Pengsan
  • Pengecutan otot yang teruk di bahagian kaki, lengan, perut dan belakang badan
  • Sawan
  • Mata cengkung dan kering
  • Kulit hilang keanjalannya dan kelihatan berkedut 
  • Pernafasan menjadi cepat serta dalam.
Kekurangan air dalam badan adalah amat berbahaya terutamanya ketika mengidap demam denggi. Oleh itu pengidap demam denggi memerlukan lebih elektrolit dalam darah bagi mengelakkan berlaku kepekatan darah yang boleh mengundang kepada risiko kematian.

Tetapi untuk meminum air kosong sehingga tiga liter agak kelihatan MUSTAHIL  bagi sesetengah individu. Alasannya mudah " Nanti kembunglah minum air banyak-banyak". Anda silap !! Di sini saya ingin kongsikan tip-tips untuk mendapatkan bekalan air kosong yang cukup sehingga tiga liter banyaknya.

Sehari ada 24 jam tolak waktu tidur 8 jam so balance ada lagi 16 jam. 16 jam bahagikan kepada tiga waktu pagi petang dan malam. Setiap waktu minum 1 liter air kosong mudah bukan? Atau lebih mudah lagi pagi 4 gelas ( kapasiti 1 gelas=lebih kurang 250ml) setiap waktu.

Bagaimana nak minum cukup 3 liter air sehari?
  • Sentiasa membawa air kosong ke mana sahaja anda pergi ke pejabat atau ke kuliah. 1 botol mineral kosong 800ml sekurang-kurangnya perlu ada di hadapan anda bagi mengingatkan anda untuk minum air.
  • Sentiasa 'top up' bekalan air kosong anda. Jangan dibiarkan botol air anda kosong
  • Amalkan meminum air setiap kali sebelum makan berat ( 30 minit sebelum) bagi mengurangkan pengambilan makanan berat. Ini boleh membantu untuk anda untuk diet.  
  • Kurangkan pengambilan minuman bergula ini kerana akan menyebabkan anda hilang selera untuk minum air kosong dengan banyakknya
  • Amalkan minum air kosong sekurang-kurangnya segelas dalam tempoh dua jam. Ini bagi membolehkan anda mendapat bekalan 8 gelas air kosong sehari.
  • Amalkan minum air kosong sebaik sahaja anda bangun dari tidur. Ini bagus untuk kesihatan usus juga paling mujarab untuk mereka yang sukar 'membuang' setiap hari. Menurut kajian minum air kosong sebaik sahaja bangun tidur akan memnudahkan sistem perkumuhan berkerja. 
Cadangan produk makanan tambahan untuk mengurangkan dehidrasi:

Performance Drink: Sangat sesuai bagi mereka yang aktif bersukan dan bagi mereka yang memerlukan elektrolit yang lebih berbanding orang biasa. Ianya merupakan produk minuman sukan pertama bagi para atlet di Amerika Syarikat. Berdasarkan ujian klinikal rumusan eksklusifnya mampu:
  • Meningkatkan otot sebanyak 6 kali ganda 
  • Memberikan tenaga
  • Memelihara kitaran bendalir dalam badan
  • Mempunyai 67% otot glikogen ( sumber tenaga) berbanding minuman terkemuka lain
  • Menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat segera   

Saturday, 16 March 2013

Makanan Untuk Kesihatan

Makanan untuk Kesihatan


Makanan merupakan perkara penting untuk meneruskan kehidupan seharian kita baik untuk bekerja mahupun beribadat. Namun persoalannya di sini, adakah makanan yang kita makan setiap hari itu benar-benar sihat? Ketahui antara jenis-jenis makanan yang memberikan manfaat banyak buat tubuh badan kita.

Yogurt


Tahukah anda bahawa yogurt mengandungi banyak bakteria baik yang tumbuh subur di dalam yogurt. Ia berfungsi untuk mengusir bakteria jahat di permukaan usus, meningkatkan daya tahan tubuh dan melindungi tubuh daripada serangan kanser. Namun tidak kesemua yogurt mengandungi bakteria baik. Oleh itu sebelum memilih mana-mana yogurt untuk dibeli anda harus pastikan labelnya tertulis ‘mengandungi kultur yang hidup dan aktif’ agar manfaatnya dapat dinikmati oleh tubuh.

Tomato


Warnanya yang merah menggoda mengandungi banyak likopen yang kaya antioksidan. Bahkan, penyelidikan menunjukkan bahawa, makanan yang kaya likopen dapat menurunkan risiko penyakit paru-paru, kanser prostat, kanser kulit serta kanser usus dan pengumpulan plak di pembuluh darah.

Lobak merah


Sebahagian besar, buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna kuning, merah atau oren kaya dengan karotenoid, yang berkemampuan untuk mengurangkan risiko penyakit kanser dan rheumatoid arthritis.

Blueberi


Buah ini kaya antioksidan! Ia dipercayai dapat mencegah kanser, diabetes dan meningkatkan daya ingatan. Penyelidikan menunjukkan bahawa blueberi kaya dengan serat, vitamin A dan C.

Soya hitam

Semua soya bagus untuk kesihatan jantung, cuma soya hitam mempunyai keistimewaan dan khasiat yang tersendiri iaitu dapat meningkatkan daya ingatan dan fikiran. Kenapa? Kacang soya hitam kaya dengan antosianin, iaitu sejenis antioksidan yang telah terbukti dapat memperbaiki fungsi otak. Setengah cawan soya hitam mengandungi 8 gram protein dan 7.5 gram serat dan rendah kalori.

Gandum

 
Selain kaya dengan khasiat, gandum juga mengandungi serat tinggi yang larut air, di mana ia berfungsi untuk menurunkan risiko serangan jantung. Selain itu, gandum juga kaya dengan karbohidrat.

Bayam

Bayam kaya dengan asid lemak Omega 3 dan Folat yang membantu menurunkan risiko penyakit jantung, strok dan osteoporosis. Walaupun ia sekadar sayuran berwarna hijau, namun bayam dipercayai amat berkhasiat untuk meningkatkan keperkasaan lelaki. Sebagai bonusnya, Folat juga dapat meningkatkan aliran darah ke penis.

Pisang

Pernah dengar tak, “Eat Banana a day, keep the doctor away,”? Haa.. Pisang ni memang banyak khasiatnya. Sekiranya kamu selalu keletihan dan tidak bertenaga, apakata kamu amalkan makan pisang setiap hari. Ini kerana pisang mengandungi 3 gula semulajadi iaitu sukrosa, glukosa , frukosa selain mengandungi  serat yang dapat membekalkan kamu tenaga sepanjang hari.  Selain itu, pisang juga kaya dengan potassium untuk jantung yang sihat.

TAHUKAH ANDA!

Pemain tennis akan memakan pisang apabila waktu rehat kerana pisang dapat membekalkan tenaga yang cepat.

sumber

Cadangan Suplemen untuk Kesihatan Optimum
B Complex: Mengandungi 8 jenis vitamin B yang lengkap ( B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin) untuk membekalkan keperluan vitamin B harian anda. Memberikan anda rasa lebih bertenaga. Vitamin B juga merupakan vitamin yang boleh bertindak sebagai anti-stress

Vitamin C: Kandungan sebiji vitamin C SR 500mg mampu membekalkan vitamin C setara 7 1/2 biji oren. Vitamin C penting untuk membentuk kolagen dan menjadikan kesihatan anda berada pada tahap optimum. 

ESP: Menyediakan 9 jenis asid amino untuk keperluan badan yang tidak mampu dihasilkan oleh badan kita sendiri. Membekalkan tenaga segera dan berkekalan untuk kegiatan harian anda. Satu hidangannya bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu

Muktivitamin: Vitalea membekalkan keperluan kesemua vitamin dan zat mineral penting untuk kesihatan yang optimum. Membantu menampung kekurangan zat dan mineral dalam badan kita. 2 bii vitalea bersamaan 40 jenis hidangan lauk

Thursday, 7 March 2013

Kulit Wajah Cantik

Kulit Wajah Cantik

Ingin memiliki wajah yang putih, lembut dan halus? Pasti anda tercari-cari apakah rahsia untuk kelihatan cantik bukan? Antara amalan yang dilakukan untuk kulit cantik adalah melakukan perawatan tradisional menggunakan bahan semula jadi sejak turun temurun lagi. Faktor pemakanan banyak menyumbang untuk memiliki kulit yang cantik secara semula jadi. Ingin tahu lebih lanjut? Ayuh semak panduan berikut!

Vitamin C


Kebanyakan daripada kita tahu dan percaya bahawa vitamin C baik untuk kulit dan memiliki khasiat untuk memutihkan kulit. Oleh sebab itu, anda bolehlah mengamalkan makan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C. Ini bertujuan untuk memecah dan mengoksidakan melanin sehingga menjadikan kulit putih.

Kacang merah



Azuki iaitu sejenis kacang merah yang digunakan sebagai bahan untuk menggosok wajah sejak dulu lagi. Hasilnya, wajah menjadi lebih halus dan bebas daripada sebarang masalah jerawat.

Beras Merah


Beras Merah merupakan bahan yang digunakan oleh kebanyakan gadis di Jepun untuk memelihara kulit dan sentiasa awet muda. Bukan itu sahaja, bahan semula jadi ini juga berkhasiat mencegah kedutan, lingkaran hitam di bawah mata dan mengawal pengeluaran minyak secara semula jadi kulit.
 
Pengelupasan


Anda haruslah rajin melakukan pengelupasan kulit (exfoliation) untuk menghilangkan sel-sel kulit mati dari wajah. Ini akan membuatkan wajah tampak berseri dan tidak nampak kusam.

Alga

Wakame, sejenis alga laut yang ditemukan di perairan jepun merupakan salah satu bahan perawatan kulit semula jadi terbaik. Wakame melindungi kulit daripada sinar ultra violet serta kerosakan kulit. Bahan semula jadi ini juga mencegah timbulnya kedutan halus dan lingkaran gelap di sekitar mata.


Cadangan Makanan Tambahan untuk Kulit Cantik:

Vivix - Merupakan minuman botani yang dipatenkan mampu membuatkan anda kelihatan awet muda. Ini telah dibuktikan secara klinikal oleh pakar sains Shaklee

Collagen Powder - Mampu bertindak sebagai anti-penuaan, melembap, mencerah, menganjal dan menyuburkan kulit anda. Kesan ketara boleh dilihat selepas penggunaan selama 8 minggu*

ESP - Dengan penggunaan konsisten ia mampu mencerah, melicin dan menambah keserian wajah. Ia boleh membantu mengurangkan kesan jerawat dan jeragat 

Vitamin C - Membantu meningkatkan kolagen bagi menjadikan kulit anda cantik dan berseri

Vitamin E - Membantu melembap dan mengurangkan jeragat pada wajah anda

Vitamin B kompleks - Sebagai anti-stress

Khasiat Buah Zaitun

Khasiat Buah Zaitun

Buah zaitun mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat buat manusia. Nabi Muhammad SAW sememangnya menganjurkan pengambilan minyak zaitun kerana khasiatnya yang besar dan ia dikeluarkan dari pohon zaitun yang diberkati.

 
Antara kelebihan dan manfaat minyak zaitun adalah:
  • Merendahkan kadar kolesterol berbahaya tanpa mengurangi kandungan kolesterol yang bermanfaat.
  • Mengurangkan risiko penyumbatan (trombosis dan penebalan (ateriosklerosis) pembuluh darah.
  • Menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Mengurangkan risiko kanser kolon, payudara, dan sebagainya.
  • Menjaga kesihatan jantung.
  • Ia melembutkan kulit dan anti penuaan.
  • Minyak zaitun melembutkan rambut, dan banyak lagi.

Sunday, 3 March 2013

Kalsium untuk Ibu

Kenapa ibu menyusu dan mengandung perlu lebih kalsium?
  • Fungsi utama kalsium adalah untuk pembentukkan tulang dan gigi yang sihat dan kuat
  • Keperluan kalsium untuk ibu hamil dan menyusu adalah lebih 25% berbanding keperluan kalsium wanita biasa

Kekurangan kalsium pada ibu hamil dan menyusu:
  • Tulang dan gigi cepat rapuh atau mengalami kerapuhan ( osteoporosis)
  • Kekejangan dan kebas-kebas pada bahagian kaki
  • Sakit belakang atau bahu

Ibu hamil:
  • Untuk kesihatan ibu sepanjang proses mengandung sehingga proses kelahiran
  • Untuk perkembangan bayi yang sihat
  • Mengurangkan kompilasi semasa melahirkan
  • Mempercepatkan proses pemulihan semasa pantang
Ibu Menyusu:
  • 40% daripada susu ibu mengandungi kalsium
  • Pengeluaran susu yang mencukupi untuk bayi
  • Meningkatkan keadaan kesihatan semasa dan selepas pantang ( mengurangkan sakit belakang, osteoporosis serta sakit pada bahu dan punggung)

Bagaimana memilih kalsium yang premium?
  • Pilih produk yang mengandungi vitamin D dan magnesium
  • Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelakkan keracunan plumbum
  • Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin semasa proses menyerap mineral

Kelebihan Ostematrix lebih dari sekadar sumber kalsium:

 Ostemartix lebih dari sekadar Kalsium

Kajian klinikal membuktikan kadar penyerapan kalsium dalam Ostematrix

Saturday, 2 March 2013

7 Langkah untuk Cantik dengan Nutriwhite

SISTEM PENJAGAAN KULIT: NUTRIWHITE SKINCARE

Kecantikan Sempurna Diperoleh daripada Alam Semulajadi, Disempurnakan dengan Sains


Nutriwhite bertindak dengan 5 cara:
  • Menghalang : Bertindak melindungi kulit yang mudah rosak akibat matahari dan pencemaran alam sekitar dan melindungi kulit dari menjadi gelap akibat sinaran uv
  • Mengurangkan Pigmentasi: Mencegah kulit kusam dan menjadikan kulit lebih cerah dengan penggunaan berterusan
  • Menyekat Pigmentasi: Membantu menyekat sel-sel kulit dari menjadi gelap dan membantutkan tompok-tompok hitam dari kelihatan
  • Mencerah: Mengurangkan melanin yang membuatkan kulit gelap dan menyamaratakan tona kulit
  • Memperbaharui: Mempercepatkan proses pengeluaran sel mati dan menggantikan dengan kulit yang cerah bercahaya

NutriWhite Berbeza:
  • Dibangunkan oleh pakar dan saintis dari Jepun dan Amerika Syarikat
  • Tiga tahun untuk pembangunan produk
  • Pemilihan bahan aktif dan mentah dari 16 buah negara
  • Ujian yang menyeluruh ke atas produk
  • Unik dan ekslusif dengan pelbagai dimensi pendekatan untuk pemutihan dan pencerahan kulit
  • Gabungan ramuan yang optimum
  • Selamat, semulajadi dan berkesan
  • Kandungan Vitamin C dalam produk ini terbukti selamat dan berkesan tanpa mengundang risiko kesan sekunder
  • Paten tertunda whiten-16 adalah campuran 16 nutrein botani yang membantu mengurangan melanin untuk menghasilkan kulit yang lebih cerah, putih dan bercahaya (glowing)
Kandungan NutriWhite:

  • Bearberry: menegangkan kulit dan melegakan masalah pada kulit wajah

 
  • Kacang Soya: Mencerah, melembut, melembapkan dan mengurangkan tona kulit tidak sekata (tompok)
 
  • Skullcap: Meringan dan mengurangkan masalah kulit dengan flavonoid
 
  • Beech Tree: Mempercepat dan meningkatkan proses semulajadi kulit serta membaiki struktur kulit
  • Strawberry Begonia: Mencerah dan mengurangkan pigmentasi
  • Mulbery: Mencegah kerosakan akibat matahari dan membantu melembapkan kulit sepanjang hari
  • Peony: Mencerah, melembap dan mengurangkan masalah pada kulit wajah
  • Rosemary: Menegangkan kulit serta merangsang dan mengurangkan masalah pada kulit wajah
  • Aloe Vera: Melembap dan mengurangkan masalah kulit
  • Mountin Arnica: Kandungan flavonesnya membantu mengurangkan masalah pada kulit wajah
  • Cat's Claw: Kandungan cotechinnya menyegar dan menegangkan kulit wajah
  • Kudzu Leaf & Roots: Mengandungi isoflavon yang membantu menegang dan mengurangkan masalah kulit
  • Linden: Menyubur dan menghidrat kulit wajah sehingga ke peringkat dalam kulit
  • Marsmallow: Kandungan Tanin membantu memeberi kelembapan pada kulit
  • Seaweed: Mengeluarkan sel mati dan menegangkan kulit serta membantu memelihara kulit sihat
  • Green Alga: Menyahtoksin bahan toksin pada wajah serta memberi kelembapan seharian
7 Langkah Mencantikkan Kulit Wajah:

Produk Nutriwhite SkinCare


Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15

Licin serta kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari dan Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit, pelembap yang bertindak daripada semua sudut ini melindungi anda daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran

Overnight Renewal Whitening Cream
Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur
  • Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam
  • Scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit
  • Vitamin C aktif mengurangkan tompok-tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah
  • Pada waktu pagi, anda akan bangun dengan kulit yang gebu, halus, cerah dan berseri
Gentle Deep Foaming Cleanser


Membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
  • Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
Lembut dan menyegarkan

Soothing Radiance Whitening Softener


Ia lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang
  • Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary
  • Kudzu menegangkan dan mencerahkan
  • Marshmallow melembapkan
Ianya sangat berkesan

Daily Defense Whitening Essence 


Cara yang menyenangkan untuk mendapatkan kulit muka yang licin dan berseri yang diformulasi dengan:
  • Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit,
  • Strawberi Begonia untuk mengimbangkan pigmen
  • Kacang Soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok-tompok hitam
  • Mulberi untuk mencegah daripada kerosakan kesan daripada cahaya matahari
  • Di samping itu, Vitamin C aktif ditambah untuk memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah
Lembut dan mudah diserap oleh kulit

Spot Whitening Treatment


Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat
  • Kuasa pencerahan botani dihasilkan daripada pati Likuoris dan Peony, yang amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit
  • Cats Claw menegangkan kulit
  • Vitamin C aktif membawa kecerahan yang baru untuk kulit anda dengan rawak wajah yang lebih halus
  Gentle Action Makeup Remover

Menjadikan kulit anda licin, lembut dan berseri
  • Tunas Pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan
  • Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit
Lembut, tidak berminyak, dan kulit anda akan kelihatan lebih berseri