Thursday, 28 March 2013

Kekurangan Air Dalam Badan

Bahaya Kurang Air dalam Badan


Kenapa kita disyorkan meminum air sekurang-kurangnya lapan gelas (minimum dua liter) sehari?  Tentu ada sebabnya bukan? Tetapi bagi mereka yang mengambil suplemen / makanan tambahan adalah digalakkan mengambil tiga liter air kosong sehari. Air sirap ke, kopi ke tu semua tak termasuk dalam kategori air yang keperluan tiga liter sehari tu tau. AIR KOSONG SAHAJA!!!Jom kita intai-intai info dari majalah REMAJA

Tubuh manusia memerlukan air untuk mengekalkan tahap kepekatan darah normal dan cecair lain secukupnya bagi membolehkannya berfungsi dengan sempurna. Di samping keperluannya sebagai cecair badan, tubuh juga memerlukan air untuk kegunaan bahan elektrolit lain. Bahan elektrolit lain yang dimaksudkan adalah seperti garam yang lazimnya terdapat di dalam darah, cecair tubuh yang lain dan sel-sel.

Dehidrasi merupakan kehilangan air dan garam daripada badan. Ia juga boleh dimaksudkan sebagai kekontangan. Badan manusia boleh kehilangan cecair melalui pelbagai cara. 

Kehilangan cecair dalam badan:
  • Ketika membuang air kecil atau besar
  • Semasa muntah atau mengalami cirit-birit
  • Berpeluh 
  • Melalui paruparu semasa bernafas
  • Aktiviti seharian yang aktif
Jika badan kehilangan sejumlah besar cecair serta garam dan tidak digantikan dengan segera seperti meminum air, badan akan kekeringan atau kekontangan. 

Kesan kekurangan air dalam badan:
  • Tekanan darah rendah
  • Pengsan
  • Pengecutan otot yang teruk di bahagian kaki, lengan, perut dan belakang badan
  • Sawan
  • Mata cengkung dan kering
  • Kulit hilang keanjalannya dan kelihatan berkedut 
  • Pernafasan menjadi cepat serta dalam.
Kekurangan air dalam badan adalah amat berbahaya terutamanya ketika mengidap demam denggi. Oleh itu pengidap demam denggi memerlukan lebih elektrolit dalam darah bagi mengelakkan berlaku kepekatan darah yang boleh mengundang kepada risiko kematian.

Tetapi untuk meminum air kosong sehingga tiga liter agak kelihatan MUSTAHIL  bagi sesetengah individu. Alasannya mudah " Nanti kembunglah minum air banyak-banyak". Anda silap !! Di sini saya ingin kongsikan tip-tips untuk mendapatkan bekalan air kosong yang cukup sehingga tiga liter banyaknya.

Sehari ada 24 jam tolak waktu tidur 8 jam so balance ada lagi 16 jam. 16 jam bahagikan kepada tiga waktu pagi petang dan malam. Setiap waktu minum 1 liter air kosong mudah bukan? Atau lebih mudah lagi pagi 4 gelas ( kapasiti 1 gelas=lebih kurang 250ml) setiap waktu.

Bagaimana nak minum cukup 3 liter air sehari?
  • Sentiasa membawa air kosong ke mana sahaja anda pergi ke pejabat atau ke kuliah. 1 botol mineral kosong 800ml sekurang-kurangnya perlu ada di hadapan anda bagi mengingatkan anda untuk minum air.
  • Sentiasa 'top up' bekalan air kosong anda. Jangan dibiarkan botol air anda kosong
  • Amalkan meminum air setiap kali sebelum makan berat ( 30 minit sebelum) bagi mengurangkan pengambilan makanan berat. Ini boleh membantu untuk anda untuk diet.  
  • Kurangkan pengambilan minuman bergula ini kerana akan menyebabkan anda hilang selera untuk minum air kosong dengan banyakknya
  • Amalkan minum air kosong sekurang-kurangnya segelas dalam tempoh dua jam. Ini bagi membolehkan anda mendapat bekalan 8 gelas air kosong sehari.
  • Amalkan minum air kosong sebaik sahaja anda bangun dari tidur. Ini bagus untuk kesihatan usus juga paling mujarab untuk mereka yang sukar 'membuang' setiap hari. Menurut kajian minum air kosong sebaik sahaja bangun tidur akan memnudahkan sistem perkumuhan berkerja. 
Cadangan produk makanan tambahan untuk mengurangkan dehidrasi:

Performance Drink: Sangat sesuai bagi mereka yang aktif bersukan dan bagi mereka yang memerlukan elektrolit yang lebih berbanding orang biasa. Ianya merupakan produk minuman sukan pertama bagi para atlet di Amerika Syarikat. Berdasarkan ujian klinikal rumusan eksklusifnya mampu:
  • Meningkatkan otot sebanyak 6 kali ganda 
  • Memberikan tenaga
  • Memelihara kitaran bendalir dalam badan
  • Mempunyai 67% otot glikogen ( sumber tenaga) berbanding minuman terkemuka lain
  • Menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat segera   

No comments:

Post a Comment