Thursday, 7 March 2013

Kulit Wajah Cantik

Kulit Wajah Cantik

Ingin memiliki wajah yang putih, lembut dan halus? Pasti anda tercari-cari apakah rahsia untuk kelihatan cantik bukan? Antara amalan yang dilakukan untuk kulit cantik adalah melakukan perawatan tradisional menggunakan bahan semula jadi sejak turun temurun lagi. Faktor pemakanan banyak menyumbang untuk memiliki kulit yang cantik secara semula jadi. Ingin tahu lebih lanjut? Ayuh semak panduan berikut!

Vitamin C


Kebanyakan daripada kita tahu dan percaya bahawa vitamin C baik untuk kulit dan memiliki khasiat untuk memutihkan kulit. Oleh sebab itu, anda bolehlah mengamalkan makan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C. Ini bertujuan untuk memecah dan mengoksidakan melanin sehingga menjadikan kulit putih.

Kacang merah



Azuki iaitu sejenis kacang merah yang digunakan sebagai bahan untuk menggosok wajah sejak dulu lagi. Hasilnya, wajah menjadi lebih halus dan bebas daripada sebarang masalah jerawat.

Beras Merah


Beras Merah merupakan bahan yang digunakan oleh kebanyakan gadis di Jepun untuk memelihara kulit dan sentiasa awet muda. Bukan itu sahaja, bahan semula jadi ini juga berkhasiat mencegah kedutan, lingkaran hitam di bawah mata dan mengawal pengeluaran minyak secara semula jadi kulit.
 
Pengelupasan


Anda haruslah rajin melakukan pengelupasan kulit (exfoliation) untuk menghilangkan sel-sel kulit mati dari wajah. Ini akan membuatkan wajah tampak berseri dan tidak nampak kusam.

Alga

Wakame, sejenis alga laut yang ditemukan di perairan jepun merupakan salah satu bahan perawatan kulit semula jadi terbaik. Wakame melindungi kulit daripada sinar ultra violet serta kerosakan kulit. Bahan semula jadi ini juga mencegah timbulnya kedutan halus dan lingkaran gelap di sekitar mata.


Cadangan Makanan Tambahan untuk Kulit Cantik:

Vivix - Merupakan minuman botani yang dipatenkan mampu membuatkan anda kelihatan awet muda. Ini telah dibuktikan secara klinikal oleh pakar sains Shaklee

Collagen Powder - Mampu bertindak sebagai anti-penuaan, melembap, mencerah, menganjal dan menyuburkan kulit anda. Kesan ketara boleh dilihat selepas penggunaan selama 8 minggu*

ESP - Dengan penggunaan konsisten ia mampu mencerah, melicin dan menambah keserian wajah. Ia boleh membantu mengurangkan kesan jerawat dan jeragat 

Vitamin C - Membantu meningkatkan kolagen bagi menjadikan kulit anda cantik dan berseri

Vitamin E - Membantu melembap dan mengurangkan jeragat pada wajah anda

Vitamin B kompleks - Sebagai anti-stress

No comments:

Post a Comment