Saturday, 16 March 2013

Makanan Untuk Kesihatan

Makanan untuk Kesihatan


Makanan merupakan perkara penting untuk meneruskan kehidupan seharian kita baik untuk bekerja mahupun beribadat. Namun persoalannya di sini, adakah makanan yang kita makan setiap hari itu benar-benar sihat? Ketahui antara jenis-jenis makanan yang memberikan manfaat banyak buat tubuh badan kita.

Yogurt


Tahukah anda bahawa yogurt mengandungi banyak bakteria baik yang tumbuh subur di dalam yogurt. Ia berfungsi untuk mengusir bakteria jahat di permukaan usus, meningkatkan daya tahan tubuh dan melindungi tubuh daripada serangan kanser. Namun tidak kesemua yogurt mengandungi bakteria baik. Oleh itu sebelum memilih mana-mana yogurt untuk dibeli anda harus pastikan labelnya tertulis ‘mengandungi kultur yang hidup dan aktif’ agar manfaatnya dapat dinikmati oleh tubuh.

Tomato


Warnanya yang merah menggoda mengandungi banyak likopen yang kaya antioksidan. Bahkan, penyelidikan menunjukkan bahawa, makanan yang kaya likopen dapat menurunkan risiko penyakit paru-paru, kanser prostat, kanser kulit serta kanser usus dan pengumpulan plak di pembuluh darah.

Lobak merah


Sebahagian besar, buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna kuning, merah atau oren kaya dengan karotenoid, yang berkemampuan untuk mengurangkan risiko penyakit kanser dan rheumatoid arthritis.

Blueberi


Buah ini kaya antioksidan! Ia dipercayai dapat mencegah kanser, diabetes dan meningkatkan daya ingatan. Penyelidikan menunjukkan bahawa blueberi kaya dengan serat, vitamin A dan C.

Soya hitam

Semua soya bagus untuk kesihatan jantung, cuma soya hitam mempunyai keistimewaan dan khasiat yang tersendiri iaitu dapat meningkatkan daya ingatan dan fikiran. Kenapa? Kacang soya hitam kaya dengan antosianin, iaitu sejenis antioksidan yang telah terbukti dapat memperbaiki fungsi otak. Setengah cawan soya hitam mengandungi 8 gram protein dan 7.5 gram serat dan rendah kalori.

Gandum

 
Selain kaya dengan khasiat, gandum juga mengandungi serat tinggi yang larut air, di mana ia berfungsi untuk menurunkan risiko serangan jantung. Selain itu, gandum juga kaya dengan karbohidrat.

Bayam

Bayam kaya dengan asid lemak Omega 3 dan Folat yang membantu menurunkan risiko penyakit jantung, strok dan osteoporosis. Walaupun ia sekadar sayuran berwarna hijau, namun bayam dipercayai amat berkhasiat untuk meningkatkan keperkasaan lelaki. Sebagai bonusnya, Folat juga dapat meningkatkan aliran darah ke penis.

Pisang

Pernah dengar tak, “Eat Banana a day, keep the doctor away,”? Haa.. Pisang ni memang banyak khasiatnya. Sekiranya kamu selalu keletihan dan tidak bertenaga, apakata kamu amalkan makan pisang setiap hari. Ini kerana pisang mengandungi 3 gula semulajadi iaitu sukrosa, glukosa , frukosa selain mengandungi  serat yang dapat membekalkan kamu tenaga sepanjang hari.  Selain itu, pisang juga kaya dengan potassium untuk jantung yang sihat.

TAHUKAH ANDA!

Pemain tennis akan memakan pisang apabila waktu rehat kerana pisang dapat membekalkan tenaga yang cepat.

sumber

Cadangan Suplemen untuk Kesihatan Optimum
B Complex: Mengandungi 8 jenis vitamin B yang lengkap ( B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin) untuk membekalkan keperluan vitamin B harian anda. Memberikan anda rasa lebih bertenaga. Vitamin B juga merupakan vitamin yang boleh bertindak sebagai anti-stress

Vitamin C: Kandungan sebiji vitamin C SR 500mg mampu membekalkan vitamin C setara 7 1/2 biji oren. Vitamin C penting untuk membentuk kolagen dan menjadikan kesihatan anda berada pada tahap optimum. 

ESP: Menyediakan 9 jenis asid amino untuk keperluan badan yang tidak mampu dihasilkan oleh badan kita sendiri. Membekalkan tenaga segera dan berkekalan untuk kegiatan harian anda. Satu hidangannya bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu

Muktivitamin: Vitalea membekalkan keperluan kesemua vitamin dan zat mineral penting untuk kesihatan yang optimum. Membantu menampung kekurangan zat dan mineral dalam badan kita. 2 bii vitalea bersamaan 40 jenis hidangan lauk

No comments:

Post a Comment