Friday, 1 March 2013

Masalah Perut Buncit


Masalah perut buncit memang boleh mengganggu perasaan semua terutamanya bagi wanita. Ia boleh mengurangi kesempurnaan penampilan anda dan menyebabkan anda kurang yakin dengan penampilan diri sendiri. Nampak macam hodoh dan gemuk kan? Memang mengecewakan apabila anda sudah mencuba pelbagai cara untuk menghilangkannya, tetapi tetap tidak berhasil. Hurmm... macam mana nie?

Enam fakta yang anda perlu ketahui mengenai lemak di bahagian perut anda.

Apakah itu “Lemak Perut”?

Perut buncit atau gendut disebabkan oleh lemak visceral yang berada di antara internal organs dan torso. Jika seseorang memiliki lemak visceral secara berlebihan dalam tubuhnya,dia merupakan seseorang yang dikategorikan pengidap obesiti sentral atau memiliki perut buncit.

Penyebab Lemak Perut

Perut berlemak adalah disebabkan kerana kelebihan kalori dan perubahan hormon. Untuk itu, mulailah menjalani gaya hidup sihat dengan pengambilan makanan sihat dan berolahraga secara rutin.

Perbandingan Pinggang ke Pinggul

Anggapan kebanyakan orang bahawa orang yang memiliki perut tidak rata pasti mengalami obesiti adalah tidaklah benar. Lemak visceral yang berlebihan tidak elok bagi kesihatan jantung dan boleh menyerang siapa saja, baik yang bertubuh langsing mahu pun gemuk. Cara untuk menentukan jumlah lemak perut yang dimiliki adalah dengan membahagi ukuran titik terkecil pinggang dengan ukuran terlebar pinggul. Untuk memastikannya, sebaiknya berjumpalaH dengan pakar pemakanan.

Lemak Perut Lebih Buruk dari Lemak Lainnya

Pada tubuh manusia terdapat lemak subkutan (lemak di bawah jaringan epidermins) yang umumnya kelihatan di lengan dan bahagian punggung, serta lemak visceral yang nampak di perut. Namun, ternyata lemak visceral atau lemak perut jauh lebih berbahaya bagi tubuh kerana selain sukar dihilangkan, ia juga boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular, diabetes, dan kanser. Sedangkan lemak subkutan menyebabkan tubuh kelihatan menggeleber dan umumnya boleh dilenyapkan dengan aktiviti fizikal seperti senaman 'sit up'.

Mencegah Pembentukan Lemak Visceral

Lemak visceral dapat dicegah dengan menjaga pola makan sihat, mengurangi stres melalui meditasi dan banyakkan meminum air masak untuk mengeluarkan garam dan toksin dari tubuh. Pengambilan makanan seperti oat, roti gandum, beras merah, sayuran hijau, buah, kacang, ikan dan sebagainya dapat membantu mengurangkan risiko perut buncit. Hindari makanan tinggi gula dan yang digoreng seperti bijirin bersalut gula dan gorengan. Liposuction atau operasi sedut lemak tidaklah efektif untuk membakar lemak visceral. Tapi hanya bermanfaat menghilangkan lemak subkutan dan tentunya bedah plastik ini berbahaya bagi kesihatan tubuh terutama organ internal.

Cara Mendapatkan Perut Rata/ fit

Menurut kajian Sains, setiap orang memiliki perut 'six pack' , namun tidak semua dapat dilihat secara fizikal kerana longgokan lemak yang menimbun di perut. Untuk mendapatkan perut rata yang menawan, salah satu kuncinya adalah melaluI fitness dan pola makan sihat yang seimbang. Anda harus mengamalkan pola pemakanan yang sihat dan cuba seimbangkan pengambilan protein, serat serta air di dalam tubuh dengan kadar mencukupi.


Cadangan suplemen untuk mengatasi perut buncit:
 
Herb Lax: Membantu mengatasi masalah perut buncit dengan memudahkan proses pergerakan periltalsis
Lecithin: Membantu mengemulsi lemak 
Alfalfa Complex: Membantu proses detoks

No comments:

Post a Comment