Friday, 26 April 2013

Nutrisi Semulajadi Untuk Rambut Sihat

Merawat dan menjaga rambut agar tetap cantik tidak hanya dengan rajin bersyampu dan ke salun semata-mata. Untuk mendapatkan rambut yang sihat dan indah, perlu juga dilihat pada makanan yang diambil setiap hari. Ini kerana setiap sel rambut yang tumbuh bergantung pada nutrisi yang dimakan.Sekiranya makanan yang dimakan tidak cukup nutrisi, maka sel-sel rambut juga akan turut rosak. Jadi tunggu apa lagi! Jom semak bagaimana ingin memiliki rambut sihat dan cantik dengan pemakanan.
 
Untuk memilik rambut yang cantik ianya perlu dimulakan dengan bekalan nutrisi yang sihat. Apabila rambut sihat rambut akan menjadi kuat, kurang keguguran rambut, kulit kepala yang sihat dan boleh dikatakan hampir 99% masalah rambut anda akan selesai sekiranya ia mendapat bekalan vitamin untuk rambut anda. So jom jenguk-jenguk makanan pembekal nutrisi untuk rambut yang sihat..
 
Nutrisi Untuk Rambut Sihat

  • Ikan salmon

Kandungan omega-3, vitamin B-12 dan zat besi yang terkandung dalam ikan Salmon sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit kepala. Kekurangan zat-zat tersebut boleh membuatkan kulit kepala dan rambut menjadi kering sehingga nampak seperti botak.

Omega Guard Shaklee mengandungi kandungan omega-3 yang tinggi dan berkualiti tinggi kerana ianya disuling sehingga tiga kali untuk hasil yang terbaik.

  • Sayur-sayuran berwarna hijau tua

Bayam, brokoli dan lobak Swiss ialah sumber terbaik untuk vitamin A, C,zat besi dan kalsium. Ia diperlukan untuk menghasilkan sebum iaitu minyak yang dihasilkan oleh folikel rambut. Ia berfungsi sebagai pelembap rambut secara semula jadi.

Vitalea Shaklee merupakan sumber multivitamin yang mampu membekalkan keperluan nutrisi harian anda. Ia boleh menyihatkan dan mencantikkan dari hujung rambut hingga ke hujung kuku. Dua biji vitalea adalah bersamaan 40 hidangan lauk.

  • Buah-buahan segar

Tembikai, pisang, limau, epal dan buahbuahan yang lain dapat memberikan tubuh sejumlah nutrisi penting yang baik untuk mengurangkan keguguran rambut.

  • Kacang buncis

Ia bukan hanya mengandungi banyak protein untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut tetapi juga mengandungi khasiat zat besi, zink dan biotin.Kekurangan biotin akan menyebabkan rambut mudah rosak.

Vitamin B kompleks Shaklee mengandungi lapan jenis kandungan vitamin B yang lengkap termasuk Biotin

  • Kekacang

Bagi mendapatkan rambut yang cantik berkilau, makanlah banyak kekacang.Badam misalnya asam lemak omega-3 yang boleh membantu melembapkan rambut. Kekacang lain seperti cashew, pecans dan badam merupakan sumber zink yang baik. Kekurangan zink boleh menyebabkan rambut mudah gugur.

  • Telur

Telur merupakan antara sumber protein yang baik untuk mendapatkan rambut yang sihat. Kekurangan atau rendahnya kualiti protein pada tubuh boleh menyebabkan rambut tidak kuat dan warna rambut menjadi pudar.

ESP merupakan serbuk soya yang boleh membekalkan sumber protein dengan segera. Ia dihasilkan dari soya yang tidak diubahsuai kandungan genetiknya dan ditanam secara organik bebas pestisid.

  • Bijirin

Roti gandum dan bijirin merupakan sarapan pagi yang sangat baik untuk mendapatkan rambut yang sihat. Biji-bijian dan gandum mengandungi zink, zat besi dan vitamin B.

  • Produk susu yang rendah lemak

Produk susu yang rendah lemak seperti yogurt merupakan sumber kalsium yang baik. Kalsium merupakan mineral yang penting untuk pertumbuhan rambut.

  • Makanan laut


Kandungan zink dalam makanan laut seperti kerang, udang dan tiram boleh membantu mencegah rambut gugur dan memperkuatkan akar rambut. Ia juga membantu membina sel-sel badan untuk menjaga hormon dalam penyerapan vitamin yang baik untuk pertumbuhan rambut.

Prosante: Penjagaan Rambut Sempurna

Untuk mendapatkan kulit kepala yang sihat dan rambut yang lebat cantik dan menawan, anda bolehlah mencuba produk penjagaan rambut Shaklee yang dihasilkan secara semulajadi ini. Khas buat mereka yang memerlukan vitamin untuk rambut yang sihat, Ianya merupakan penjagaan rambut yang sempurna secara semulajadi kerana semua kandungannya adalah berasaskan semula jadi.

Nourishing Scalp Treatment
 
  • Produk yang paling penting dalam Sistem Penjagaan Rambut ProSant√© ialah Nourishing Scalp Treatment yang mengandungi tahap Scalp Health Complex eksklusif kami yang paling tinggi.
  • Nourishing Scalp Treatment menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang faktor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
  • Vitamin antioksidanya iaitu Vitamin A dan Vitamin E, dan juga Koenzim Q10 melindungi kulit kepala dan rambut anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
  •  Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
  •  Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya supaya kelihatan kemas dan terurus
  • Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak
Perbezaan Shaklee:

ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.

Revitalizing Shampoo
 



  • Mengandungi Humektan yang bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  • Ianya merupakan sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan pH kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya.






Purifying Shampoo
 






  • Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
  • Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
  • Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur.




Replenishing Conditioner




  • Pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
  • Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
  • Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi

Lightweight Conditioner




  • Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
  • Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat
  • Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus





 Long Lasting Finishing Spray
 


 


  • "Medium hold" memastikan gaya rambut tidak berubah
  • Memberikan perlindungan UV
  • Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut.

Friday, 19 April 2013

Panduan untuk Diet

Panduan Diet.

Diet adalah amalan pemakanan yang dapat membantu kamu untuk kekal sihat dan langsing, tetapi tahukah kamu terdapat perkara-perkara yang harus kamu turuti semasa menjalani aktiviti diet ini. Jom kita lihat antara perkara yang perlu kamu tahu sebelum memulakan diet siha anda. Tip diet yang betul mampu menurunkan berat badan anda, bukan dengan cara mendadak, penurunan secara perlahan adalah lebih baik untuk kesihatan anda.

  • Pengamalan diet yang sesuai dengan tubuh anda
Keperluan badan anda kadangkala berbeza dengan badan orang lain oleh itu anda perlu kenali keperluan badan anda sebelum memulakan sebarang diet. Ini bagi membantu anda untuk kekal realistik dalam meneruskan diet anda. Diet bagi orang yang diabetes adalah berbeza dengan diet orang biasa begitu juga diet bagi ibu menyusu adalah berbeza berbanding orang biasa. Pengambilan kalori adalah berbeza mengikut tahap aktiviti badan seseorang.

  • Elakkan diri dari menjadi mangsa diet
Diet yang sihat adalah diet yang akan membantu anda untuk menghilang berat badan secara sistematik, bukan secara mendadak yang kadangkala bakal membahayakan kesihatan anda. Jangan sanggup berlapar semata-mata untuk menurunkan berat badan anda. Pelbagai teknik dan cara diet yang boleh anda pelajari untuk memastikan anda tidak berlapar ketika diet. So rajin-rajinlah google teknik diet yang betul. Tidak semestinya mengambil produk pelangsingan mampu membantu penurunan berat badan ideal.

  • Amalkan cara hidup sihat
Terdapat sesetengah daripada anda akan berhenti daripada mengamalkan diet yang sihat apabila mereka kembali mendapatkan badan yang diidamkan. Anda haruslah bersenam bagi mengekalkan kesihatan anda. Sekiranya anda mempunyai masa yang terhad untuk bersenam cukuplah sekadar dengan melakukan aktiviti yang menyebabkan badan anda berpeluh seperti parking jauh kereta anda dari tempat kerja. Ambillah masa untuk berjalan. Ataupun anda boleh memilih untuk menaiki tangga berbanding menaiki lif. Sekiranya anda mempunyai masa yang fleksibel anda bolehlah beriadah di kawasan yang disediakan bersama anak-anak.

  • Elakkan tabiat suka mengunyah
Anda seharusnya memberi perhatian semasa makan ini kerana otak dan perut boleh meneliti makanan yang anda ambil. Dan mengunyah makanan semasa sedang menonton televisyen atau di depan komputer hanya akan membuatkan anda terus makan dan makan tanpa kawalan. Adalah sebaiknya masa makan hanya difokuskan untuk makan kerana ini akan membuatkan anda tidak makan melebihi keperluan. Sekiranya anda jenis yang suka menguyah setiap masa, pastikan makanan yang anda ambil adalah sihat dan bukannaya makanan ringan. Ataupun kecilkan hidangan anda untuk makanan berat. Makan makanan berat dengan kuantiti sedikit walaupun kerap mampu mengekalkan tenaga dan membantu anda mengekalkan berat badan ideal. Ini adalah lebih baik berbanding makan dengan kuantiti banyak dalam satu-satu masa kerana kalori yang tidak diproses akan ditukar menjadi lemak.

  • Minum air masak tiga liter sehari
Air putih dapat membantu kamu untuk kekal aktif. Minum sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari untuk kamu kekal cergas. Dan adalah lebih baik anda mengamalkan minum segelas air kosong sebelum makan. Ia juga membantu anda untuk detoks secara semula jadi. Tips bagi mereka yang selalu berasa lapar cuba minum air kosong satu hingga dua gelas ketika rasa lapar ( walaupun telah makan berat) untuk mengatasi rasa lapar itu. Tetapi sekiranya anda masih juga lapar anda sememangnya lapar :)

  • Berdisiplin dan jangan mudah putus asa 
Kesilapan sering berlaku oleh itu bagi anda yang baru memulakan aktiviti diet , ambil ini sebagai cabaran dan jangan biarkan ianya menjadi halangan buat anda. Bukan mudah untuk menukar cara hidup anda, oleh itu kekuatan mental dan fizikal bakal membantu anda untuk memiliki hidup yang lebih sihat. Anda juga haruslah berdisiplin untuk mendapatkan berat badan idaman.Yang untungnya anda juga bukan. So berdisiplin lah.

  • Senaman
Anda seharusnya memperuntukkan sekurangkurangnya 30 minit sehari, dalam usaha untuk menguruskan badan. Cara senaman dan pemakanan anda adalah kombinasi yang amat penting sekali untuk dititikberatkan. Bagi yang baru ingin memulakan diet mereka mulakan dengan senaman yang mudah seperti berjalan.

  • Diet bukan bermakna tidak makan
Kebanyakan diet yang gagal adalah mereka yang tidak memulakan hari mereka dengan sarapan pagi. Penting buat anda tahu bahawa sarapan pagi diibaratkan sebagai enjin yang akan menggerakkan hari kamu. Anda tidak seharusnya skip waktu makan. Cuma anda harus pastikan makan malam anda sebelum jam 8 malam.
  • Makan dalam kuantiti yang sikit
Bagi anda yang suka makan tidak mengira waktu, anda masih boleh meneruskan minat anda ini tetapi dengan cara yang lebih berhemah. Makan dalam kuantiti yang lebih sedikit, oleh itu setiap kali anda berasa lapar hadkan pengambilan makanan anda.

  • Makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang
Setiap daripada anda mempunyai had maksimum pemakanan yang berbeza. Jangan makan ketika anda sedang marah, sedih atau bosan. Kunci dalam mengamalkan diet yang sihat adalah dengan makan sebelum anda betul-betul lapar.Ini kerana apabila anda benar-benar lapar semua yang terhidang di depan mata nampak seperti enak semuanya. Anda akan mudah rasa tamak dan akhirnya membazir. Sunnah Nabi kita juga untuk makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.


Diharap panduan di atas dapat membantu anda untuk diet. Panduan yang diberikan adalah untuk mereka yang suka mengamalkan gaya hidup sihat. Biar lambat asalkan selamat tau..

Nutrisi Kulit Cantik

Makanan Agar Kulit Mulus

Dalam menjaga kelembutan, kehalusan dan kecerahan kulit makanan di dapur adalah sama pentingnya dengan krim perawatan kulit yang digunakan setiap hari. Nutrisi sihat penting untuk memiliki kulit yang cantik. Menurut dermatologi dari Miami Leslie Baumann, MD, yang diambil dari prevention.com, nutrisi yang baik merupakan asas untuk kesihatan kulit. Oleh itu, anda perlu tahu apa jenis makanan sihat untuk kulit anda bukan? Berikut adalah antara makanan yang boleh membantu untuk mendapatkan kulit sihat dan mulus seperti yang diimpikan. Ia tidak memerlukan belanja yang besar, hanya sebahagian dari keperluan barangan dapur anda sahaja.

Salad


Enam helai daun salad mengandungi 100 peratus keperluan Vitamin A harian anda. Vitamin ini berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan pergantian sel. Selain itu, kandungan kalium dalam salad juga menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah. Ia merupakan pembekal nutrisi untuk kecantikan kulit anda.

Tomato
Kajian menunjukkan mereka yang makan lima sudu pasta tomato kaya lycopene setiap hari selama tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus  lebih banyak terhadap pancaran sinar matahari bebanding mereka yang tidak mengambil tomato. Makanan ini juga menjadikan kulit mempunyai lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit daripada kendur.

Strawberi
Secawan strawberi menyediakan 130 peratus Vitamin C iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Fungsi kolagen adalah untuk membantu kulit tetap tegang dan lembut. Semakin banyak Vitamin C bererti semakin sedikit garis-garis yang muncul di kulit. Gadis dengan pengambilan Vitamin C yang rendah cenderung untuk memiliki kulit kering dan berkerut.

Epal

Quercetin, antioksida yang banyak terkandung dalam kulit epal berupaya melindungi kulit daripada pancaran sinar UVB yang boleh membawa kepada berlakunya kanser kulit. Tetapi awas kepada kulit epal yang mengandungi lilin, ia boleh mengundang kepada masalah kesihatan yang lain. Bukan semua kulit epal mengandungi lilin.

Soya


Sebuah kajian menunjukkan, kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila perempuan berusia di akhir 30-an dan 40-an. Oleh itu, kamu digalakkan makan makanan yang kaya dengan isoflavon soya yang dikenali dengan aglycone seperti tempe.

Telur


Lutein dan zeaxanthin, dua zat yang terkandung dalam telur, berfungsi mencegah kerosakan kulit akibat sinar UV. Selain itu, makanan ini juga boleh membuatkan kulit lebih lembut, tegang dan lembap.


Cadangan suplemen sebagi nutrisi untuk memiliki kulit cantik.

Vivix - Merupakan minuman botani yang dipatenkan mampu membuatkan anda kelihatan awet muda. Ini telah dibuktikan secara klinikal oleh pakar sains Shaklee

Collagen Powder - Mampu bertindak sebagai anti-penuaan, melembap, mencerah, menganjal dan menyuburkan kulit anda. Kesan ketara boleh dilihat selepas penggunaan selama 8 minggu*

ESP - Dengan penggunaan konsisten ia mampu mencerah, melicin dan menambah keserian wajah. Ia boleh membantu mengurangkan kesan jerawat dan jeragat 

Vitamin C - Membantu meningkatkan kolagen bagi menjadikan kulit anda cantik dan berseri

Vitamin E - Membantu melembap dan mengurangkan jeragat pada wajah anda

Vitamin B kompleks - Sebagai anti-stress

Friday, 5 April 2013

Cantik Dengan Yogurt

Cantik Dengan Yogurt

Semua wanita ingin kelihatan cantik secara semulajadi. Pelbagai cara sanggup dilakukan demi untuk kelihatan cantik bukan. Malahan pelbagai produk kesihatan dan kecantikan telah dicuba. Tetapi kalau asyik tukar je produk kesihatan atau kecantikan tak bagus juga untuk kulit. Untuk hasil yang memuaskan hati anda haruslah konsisten dengan sesuatu produk yang digunakan.

Bagi mereka yang suka mencuba petua-petua kecantikan jom ikuti info yang dipetik dari majalah Remaja ini. Cantik dengan yogurt. Yogurt ni bukan sahaja sedap dimakan tetapi juga bagus dibuat masker untuk kecantikan. Sebelum tu kite jenguk sedikit info mengenai kebaikan yogurt untuk kesihatan wajah anda.

Antara kebaikan yogurt untuk kulit ialah:
  • Menyegarkan Wajah
Asid laktik yang terdapat di dalam yogurt dapat membantu melicinkan wajah dan membantu dalam pengelupasan kulit. Pengelupasan membolehkan sel kulit baru tumbuh dan menjadikan wajahmu lebih segar selain membuang sel kulit mati dan juga bintik-bintik hitam di wajahmu.

  • Melawan Jerawat
Yogurt mengandungi agen anti bakteria dan kulat semulajadi yang dapat membantu untuk melawan pertumbuhan jerawat di wajahmu.

  • Melambatkan penuaan
Penjagaan wajah perlu dimulakan seawal usia remaja lagi. Amalkan menggunakan yogurt sebagai masker untuk melambatkan pertumbuhan garis-garis halus di wajahmu. Asid Laktik yang terdapat di dalam yogurt membantu untuk menyingkirkan kulit mati dan mengecilkan pori-pori wajah.

Penyediaan Masker Yogurt

Bahan-bahan:
  • Yogurt asli ( yogurt berperisa adalah tidak sesuai nanti tak pasal-pasal semut lak datang..hehe)
Cara-caranya:
  • Cuci wajah dan leher sehingga bersih.
  • Sapukan yogurt ke wajah dan leher.
  • Biarkan selama 10 minit, dan bersihkan wajah dengan air bersih.
Amalkan 2-3 kali seminggu insyaAllah berkesan. Lepas baca jemputlah follow blog saya yer.

Atasi Demam dan Selsema

Demam? Batuk? Selsema?
Apa puncanya? Perubahan cuaca? BUKAN!!
Puncanya ialah dari virus, kuman dan mikrob disekeliling kita..
eh eh macam iklan kat TV pulak..hehe

Tahukah anda dari mana datangnya virus, kuman dan mikrob?

  • Boleh dikatakan kehidupan kita hari ini terdedah kepada virus, kuman dan mikrob setiap hari dari penghawa dingin, gas buangan, asap, virus, udara dan juga habuk. Semua ini masuk ke badan kita melalui sistem pernafasan kita.

  • Bersentuhan dengan pelbagai objek seperti habuk pada perabut, hama pada selimut dan berpeluh juga boleh mengundang virus dan mikrob masuk ke badan kita

  • Keadaan persekitaran kerja atau beriadah juga boleh menjejaskan kita di tambah dengan keaddan cuaca yang panas dan berjerebu kesan fenomena peredaran bumi yang selari dengan matahari pada ketika ini.
Kesan mikrob kepada tubuh kita terutamanya apabila tubuh kita kekurangan interferon ( hormon imun) dan sel-sel imun:
  • Cepat keletihan
  • Stress
  • Tidur terganggu atau insomnia
  • Dijangkiti flu ( demam selsema)
  • Batuk
  • Alergi
  • Asma
  • Ekzema ( kegatalan)
  • Jerawat ( punca kekotoran terutamanya pada wajah yang terdedah)

Sel-sel yang teroksida akan membentuk sel yang tidak sihat dan tidak normal sekaligus mengundang pelbagai penyakit kronik dan juga kanser.

Untuk Peningkatan imunisasi dan alternatif kepada ubatan ber'drug' anda bolehlah mencuba NUTRIFERON yang mengandungi kandungan semulajadi yang membantu menguatkan imunisasi dan mempercepatkan penyembuhan selsema dan demam.

RUGI TAK CUBA !! TAWARAN ISTIMEWA BULAN INI SAHAJA!!
Hubungi saya untuk TAWARAN HEBAT INI!!


FB www.facebook.com/fizzcare atau sms/whatsapp: 019 984 7340