Friday, 5 April 2013

Cantik Dengan Yogurt

Cantik Dengan Yogurt

Semua wanita ingin kelihatan cantik secara semulajadi. Pelbagai cara sanggup dilakukan demi untuk kelihatan cantik bukan. Malahan pelbagai produk kesihatan dan kecantikan telah dicuba. Tetapi kalau asyik tukar je produk kesihatan atau kecantikan tak bagus juga untuk kulit. Untuk hasil yang memuaskan hati anda haruslah konsisten dengan sesuatu produk yang digunakan.

Bagi mereka yang suka mencuba petua-petua kecantikan jom ikuti info yang dipetik dari majalah Remaja ini. Cantik dengan yogurt. Yogurt ni bukan sahaja sedap dimakan tetapi juga bagus dibuat masker untuk kecantikan. Sebelum tu kite jenguk sedikit info mengenai kebaikan yogurt untuk kesihatan wajah anda.

Antara kebaikan yogurt untuk kulit ialah:
  • Menyegarkan Wajah
Asid laktik yang terdapat di dalam yogurt dapat membantu melicinkan wajah dan membantu dalam pengelupasan kulit. Pengelupasan membolehkan sel kulit baru tumbuh dan menjadikan wajahmu lebih segar selain membuang sel kulit mati dan juga bintik-bintik hitam di wajahmu.

  • Melawan Jerawat
Yogurt mengandungi agen anti bakteria dan kulat semulajadi yang dapat membantu untuk melawan pertumbuhan jerawat di wajahmu.

  • Melambatkan penuaan
Penjagaan wajah perlu dimulakan seawal usia remaja lagi. Amalkan menggunakan yogurt sebagai masker untuk melambatkan pertumbuhan garis-garis halus di wajahmu. Asid Laktik yang terdapat di dalam yogurt membantu untuk menyingkirkan kulit mati dan mengecilkan pori-pori wajah.

Penyediaan Masker Yogurt

Bahan-bahan:
  • Yogurt asli ( yogurt berperisa adalah tidak sesuai nanti tak pasal-pasal semut lak datang..hehe)
Cara-caranya:
  • Cuci wajah dan leher sehingga bersih.
  • Sapukan yogurt ke wajah dan leher.
  • Biarkan selama 10 minit, dan bersihkan wajah dengan air bersih.
Amalkan 2-3 kali seminggu insyaAllah berkesan. Lepas baca jemputlah follow blog saya yer.

No comments:

Post a Comment