Friday, 19 April 2013

Nutrisi Kulit Cantik

Makanan Agar Kulit Mulus

Dalam menjaga kelembutan, kehalusan dan kecerahan kulit makanan di dapur adalah sama pentingnya dengan krim perawatan kulit yang digunakan setiap hari. Nutrisi sihat penting untuk memiliki kulit yang cantik. Menurut dermatologi dari Miami Leslie Baumann, MD, yang diambil dari prevention.com, nutrisi yang baik merupakan asas untuk kesihatan kulit. Oleh itu, anda perlu tahu apa jenis makanan sihat untuk kulit anda bukan? Berikut adalah antara makanan yang boleh membantu untuk mendapatkan kulit sihat dan mulus seperti yang diimpikan. Ia tidak memerlukan belanja yang besar, hanya sebahagian dari keperluan barangan dapur anda sahaja.

Salad


Enam helai daun salad mengandungi 100 peratus keperluan Vitamin A harian anda. Vitamin ini berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan pergantian sel. Selain itu, kandungan kalium dalam salad juga menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah. Ia merupakan pembekal nutrisi untuk kecantikan kulit anda.

Tomato
Kajian menunjukkan mereka yang makan lima sudu pasta tomato kaya lycopene setiap hari selama tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus  lebih banyak terhadap pancaran sinar matahari bebanding mereka yang tidak mengambil tomato. Makanan ini juga menjadikan kulit mempunyai lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit daripada kendur.

Strawberi
Secawan strawberi menyediakan 130 peratus Vitamin C iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Fungsi kolagen adalah untuk membantu kulit tetap tegang dan lembut. Semakin banyak Vitamin C bererti semakin sedikit garis-garis yang muncul di kulit. Gadis dengan pengambilan Vitamin C yang rendah cenderung untuk memiliki kulit kering dan berkerut.

Epal

Quercetin, antioksida yang banyak terkandung dalam kulit epal berupaya melindungi kulit daripada pancaran sinar UVB yang boleh membawa kepada berlakunya kanser kulit. Tetapi awas kepada kulit epal yang mengandungi lilin, ia boleh mengundang kepada masalah kesihatan yang lain. Bukan semua kulit epal mengandungi lilin.

Soya


Sebuah kajian menunjukkan, kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila perempuan berusia di akhir 30-an dan 40-an. Oleh itu, kamu digalakkan makan makanan yang kaya dengan isoflavon soya yang dikenali dengan aglycone seperti tempe.

Telur


Lutein dan zeaxanthin, dua zat yang terkandung dalam telur, berfungsi mencegah kerosakan kulit akibat sinar UV. Selain itu, makanan ini juga boleh membuatkan kulit lebih lembut, tegang dan lembap.


Cadangan suplemen sebagi nutrisi untuk memiliki kulit cantik.

Vivix - Merupakan minuman botani yang dipatenkan mampu membuatkan anda kelihatan awet muda. Ini telah dibuktikan secara klinikal oleh pakar sains Shaklee

Collagen Powder - Mampu bertindak sebagai anti-penuaan, melembap, mencerah, menganjal dan menyuburkan kulit anda. Kesan ketara boleh dilihat selepas penggunaan selama 8 minggu*

ESP - Dengan penggunaan konsisten ia mampu mencerah, melicin dan menambah keserian wajah. Ia boleh membantu mengurangkan kesan jerawat dan jeragat 

Vitamin C - Membantu meningkatkan kolagen bagi menjadikan kulit anda cantik dan berseri

Vitamin E - Membantu melembap dan mengurangkan jeragat pada wajah anda

Vitamin B kompleks - Sebagai anti-stress

No comments:

Post a Comment