Friday, 19 April 2013

Panduan untuk Diet

Panduan Diet.

Diet adalah amalan pemakanan yang dapat membantu kamu untuk kekal sihat dan langsing, tetapi tahukah kamu terdapat perkara-perkara yang harus kamu turuti semasa menjalani aktiviti diet ini. Jom kita lihat antara perkara yang perlu kamu tahu sebelum memulakan diet siha anda. Tip diet yang betul mampu menurunkan berat badan anda, bukan dengan cara mendadak, penurunan secara perlahan adalah lebih baik untuk kesihatan anda.

  • Pengamalan diet yang sesuai dengan tubuh anda
Keperluan badan anda kadangkala berbeza dengan badan orang lain oleh itu anda perlu kenali keperluan badan anda sebelum memulakan sebarang diet. Ini bagi membantu anda untuk kekal realistik dalam meneruskan diet anda. Diet bagi orang yang diabetes adalah berbeza dengan diet orang biasa begitu juga diet bagi ibu menyusu adalah berbeza berbanding orang biasa. Pengambilan kalori adalah berbeza mengikut tahap aktiviti badan seseorang.

  • Elakkan diri dari menjadi mangsa diet
Diet yang sihat adalah diet yang akan membantu anda untuk menghilang berat badan secara sistematik, bukan secara mendadak yang kadangkala bakal membahayakan kesihatan anda. Jangan sanggup berlapar semata-mata untuk menurunkan berat badan anda. Pelbagai teknik dan cara diet yang boleh anda pelajari untuk memastikan anda tidak berlapar ketika diet. So rajin-rajinlah google teknik diet yang betul. Tidak semestinya mengambil produk pelangsingan mampu membantu penurunan berat badan ideal.

  • Amalkan cara hidup sihat
Terdapat sesetengah daripada anda akan berhenti daripada mengamalkan diet yang sihat apabila mereka kembali mendapatkan badan yang diidamkan. Anda haruslah bersenam bagi mengekalkan kesihatan anda. Sekiranya anda mempunyai masa yang terhad untuk bersenam cukuplah sekadar dengan melakukan aktiviti yang menyebabkan badan anda berpeluh seperti parking jauh kereta anda dari tempat kerja. Ambillah masa untuk berjalan. Ataupun anda boleh memilih untuk menaiki tangga berbanding menaiki lif. Sekiranya anda mempunyai masa yang fleksibel anda bolehlah beriadah di kawasan yang disediakan bersama anak-anak.

  • Elakkan tabiat suka mengunyah
Anda seharusnya memberi perhatian semasa makan ini kerana otak dan perut boleh meneliti makanan yang anda ambil. Dan mengunyah makanan semasa sedang menonton televisyen atau di depan komputer hanya akan membuatkan anda terus makan dan makan tanpa kawalan. Adalah sebaiknya masa makan hanya difokuskan untuk makan kerana ini akan membuatkan anda tidak makan melebihi keperluan. Sekiranya anda jenis yang suka menguyah setiap masa, pastikan makanan yang anda ambil adalah sihat dan bukannaya makanan ringan. Ataupun kecilkan hidangan anda untuk makanan berat. Makan makanan berat dengan kuantiti sedikit walaupun kerap mampu mengekalkan tenaga dan membantu anda mengekalkan berat badan ideal. Ini adalah lebih baik berbanding makan dengan kuantiti banyak dalam satu-satu masa kerana kalori yang tidak diproses akan ditukar menjadi lemak.

  • Minum air masak tiga liter sehari
Air putih dapat membantu kamu untuk kekal aktif. Minum sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari untuk kamu kekal cergas. Dan adalah lebih baik anda mengamalkan minum segelas air kosong sebelum makan. Ia juga membantu anda untuk detoks secara semula jadi. Tips bagi mereka yang selalu berasa lapar cuba minum air kosong satu hingga dua gelas ketika rasa lapar ( walaupun telah makan berat) untuk mengatasi rasa lapar itu. Tetapi sekiranya anda masih juga lapar anda sememangnya lapar :)

  • Berdisiplin dan jangan mudah putus asa 
Kesilapan sering berlaku oleh itu bagi anda yang baru memulakan aktiviti diet , ambil ini sebagai cabaran dan jangan biarkan ianya menjadi halangan buat anda. Bukan mudah untuk menukar cara hidup anda, oleh itu kekuatan mental dan fizikal bakal membantu anda untuk memiliki hidup yang lebih sihat. Anda juga haruslah berdisiplin untuk mendapatkan berat badan idaman.Yang untungnya anda juga bukan. So berdisiplin lah.

  • Senaman
Anda seharusnya memperuntukkan sekurangkurangnya 30 minit sehari, dalam usaha untuk menguruskan badan. Cara senaman dan pemakanan anda adalah kombinasi yang amat penting sekali untuk dititikberatkan. Bagi yang baru ingin memulakan diet mereka mulakan dengan senaman yang mudah seperti berjalan.

  • Diet bukan bermakna tidak makan
Kebanyakan diet yang gagal adalah mereka yang tidak memulakan hari mereka dengan sarapan pagi. Penting buat anda tahu bahawa sarapan pagi diibaratkan sebagai enjin yang akan menggerakkan hari kamu. Anda tidak seharusnya skip waktu makan. Cuma anda harus pastikan makan malam anda sebelum jam 8 malam.
  • Makan dalam kuantiti yang sikit
Bagi anda yang suka makan tidak mengira waktu, anda masih boleh meneruskan minat anda ini tetapi dengan cara yang lebih berhemah. Makan dalam kuantiti yang lebih sedikit, oleh itu setiap kali anda berasa lapar hadkan pengambilan makanan anda.

  • Makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang
Setiap daripada anda mempunyai had maksimum pemakanan yang berbeza. Jangan makan ketika anda sedang marah, sedih atau bosan. Kunci dalam mengamalkan diet yang sihat adalah dengan makan sebelum anda betul-betul lapar.Ini kerana apabila anda benar-benar lapar semua yang terhidang di depan mata nampak seperti enak semuanya. Anda akan mudah rasa tamak dan akhirnya membazir. Sunnah Nabi kita juga untuk makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.


Diharap panduan di atas dapat membantu anda untuk diet. Panduan yang diberikan adalah untuk mereka yang suka mengamalkan gaya hidup sihat. Biar lambat asalkan selamat tau..

No comments:

Post a Comment