Friday, 31 May 2013

Diet yang Sesuai untuk Pengidap Diabetes

Diet Bagi Pesakit Diabetes/ Kencing Manis

Bagi pesakit diabetes, pengawalan pengambilan makanan merupakan faktor penting bagi mengawal tahap gula dalam darah. Ini bermakna diet hendaklah seimbang sepanjang hari dan hendaklah konsisten hari demi hari.Kencing manis terjadi akibat daripada kelemahan tubuh mencerna karbohidrat. Dalam proses metabolisme, karbohidrat diproses menjadi gula (glukos) dan ditukarkan kepada tenaga.

Bagaimanapun, tidak semua glukos menjadi tenaga. Bagi penyakit kencing manis, insulin berfungsi mengawal kadar lebihan gula dalam darah ini tidak berfungsi dengan baik. Ini menyebabkan berlakunya pengumpulan gula yang menghasilkan keadaan hyperglycaemia dan menyebabkan terdapatnya gula dalam air kencing.

Oleh sebab itu, pesakit diabetes dinasihatkan agar mengurangkan gula dan lemak atau berpantang manis, mengurangkan karbohidrat dan melebihkan lemak sehingga ada antara pesakit tidak mampu berpantang disebabkan semua makanan mereka makan tiada ‘rasa’.

Diet diabetes adalah diet yang sihat dan sesuai diikuti semua orang. Bagi pesakit diabetes, mereka perlu berhati-hati dalam pemilihan makanan kerana jenis makanan dimakan sangat mempengaruhi paras gula dalam darah. Tambahnya, ramai tidak tahu dan mengambil mudah rawatan diet sedangkan diet diabetes sangat penting untuk mengawal paras glukos serta mencegah kehilangan glukos di dalam air kencing. Selain itu, pengambilan makanan seimbang mampu mengekalkan berat badan bersesuaian dengan ketinggian dan umur, mengekalkan kalori mencukupi bagi melakukan aktiviti harian dan paling penting, melambatkan atau mengelakkan komplikasi diabetes seperti dipotong kaki.

Dalam hal ini, pesakit perlu memahami tiga perkara penting iaitu apa yang hendak dimakan, waktu makan serta jumlah makanan bagi memberikan kesan positif dan berpanjangan. Terdapat tiga kumpulan makanan untuk pesakit diabetes iaitu makanan perlu dielakkan, makanan perlu dihadkan serta makanan yang bebas dimakan.

Makanan yang perlu dielakkan:
  • Minuman bergas - biasanya mengandungi gula yang berlebihan
  • Makanan dan minuman yang mengandungi gula berlebihan - dalam erti kata lain sangat manis
  • Makanan dan minuman yang mengandungi gula ringkas - biasanya boleh menyebabkan peningkatan gula dalam darah dengan cepat seperti gula-gula,gula pasir, susu pekat manis, makanan dalam tin halwa, jem dan sebagainya.
Makanan yang perlu dihadkan (pengambilan dengan kuantiti sedikit):
  • Semua jenis gula seperti gula tebu, gula kastor, gula melaka dan madu
  • Semua jenis gula tersembunyi seperti makanan dalam produk berbungkus
  • Awasi semua senarai pada label makanan yang berasaskan gula (maltosa, sukrosa dan fruktosa) yang tinggiseperti yang biasa terdapat dalam sos dan kicap
  • Kuih muih dan minuman yang dihadkan penggunaan gula - yang tidak terlalu manis atau minuman susu yang tidak terlalu manis
  • Buah-buahan yang berangkai seperti buah rambutan. langsat, duku, salak dan kebanyakan buahan tempatan adalah perlu dikurangkan pengambilannya.
  • Makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks boleh diambil dalam kuantiti terhad. Karbohidrat kompleks adalah sepertinasi, bijirin, biskut, kekacang, susu, pasta, semua jenis mi, semua jenis tepung, semua jenis ubi, buah-buahan dan jus serta sayuran berkanji seperti labu, jagung dan serbuk coklat.

Note: Menghadkan pengambilan gula  bukan bererti tiada langsung gula dalam diet harian anda. Ini adalah berbahaya untuk kesihatan sekiranya diet anda langsung tidak mengandungi gula - boleh menyebabkan kekurangan gula dalam darah dan biasanya boleh menyebabkan anda pening, pitam atau lemah sehingga perlu mendapat rawatan segera di hospital ( biasanya dimasukkan air supaya paras gula stabil dalam darah)

Makanan bebas dimakan
  • Ini termasuk air kosong, air mineral, kopi dan teh kosong , air barli, jus limau nipis, sayur-sayuran, ulam-ulaman, cuka, sup, serbuk rempah, serbuk cili,herba, kicap, sos dan garam.
  • Serat pula boleh didapati dalam bentuk larut (yang larut dalam air -membantu penyerapan nutrien) dan serat tidak larut (tidak dapat dihadam sistem pencernaan namun membantu mengelakkan sembelit).
  • Serat tidak larut boleh diambil dalam usaha mengurangkan berat badan kerana ia memberikan kekenyangan. Pengambilan serat larut membantu melambatkan penyerapan gula dan kolesterol ke dalam aliran darah. Contoh makanan mengandungi serat termasuk sayur-sayuran, ulam-ulaman, buah-buahan, kekacang, bijirin, bijirin sarapan pagi, jagung dan pasta.
  • Protein pula boleh didapati daripada sumber bijirin (roti, beras, pasta,tepung dan soya) atau daripada sumber haiwan (daging, ikan, telur, ayam dan produk tenusu). Ini perlu diberi perhatian dalam merancang pengambilan diet harian anda.
Selain menjaga pemakanan, penghidap diabetes juga digalakkan melakukan senaman ringan setiap hari seperti berjoging, berjalan kaki, turun naik tangga atau berkebun yang membantu mengurangkan kandungan gula dalam darah. Selain itu, mereka perlu sentiasa mengawal kandungan gula sama ada memeriksa sendiri atau mendapatkan nasihat di hospital berhampiran.

Cara Pengawalan Diabetes

Diabetes - Kencing Manis

Penyakit diabetes merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan kandungan glukosa yang tinggi dalam darah terutamanya selepas pengambilan makanan. Secara umumnya, penyakit diabetes dapat digolongkan sebagai:

Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja.

Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah. Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubatan

sumber
Tanda-tanda awal penyakit diabetes:
  • Penurunan berat badan mendadak
  • Luka lambat sembuh
  • Sering buang air kecil
  • Selalu lapar dan haus yang luar biasa
  • Rasa menggeletar apabila lambat makan akibat paras glukosa yang turun secara mendadak
  • Kabur penglihatan
  • Rasa kebas di kaki dan tangan
  • Otot lemah
  • Sentiasa letih
  • Cepat marah
  • Bagi wanita, gatal di bahagian kemaluan
sumber
Pengesahan penyakit diabetes:

Ujian yang paling tepat untuk mengetahui adakah anda pengidap diabetes ialah dengan mengambil minuman yang dikenali sebagai ibu gula pada waktu pagi dan berpuasa sekurang-kurangnya 8 jam sebelum pengambilan ibu gula ini. Selepas 2 jam, ujian darah akan dilakukan dan diproses di makmal

Ujian lain ialah dengan mengambil sedikit darah dan diuji pada alat penguji diabetes (glucometer). Normal bagi yang berpuasa 8 jam sebelumnya ialah 4-6 mmol/L dan 6-7.8mmol/L bagi yang tidak berpuasa pada malam harinya.

Bacaan gula bagi yang berpuasa 8 jam sebelum ujian: 

3.9-5.5 mmol/L (Normal) ; 5.6-6.9 mmol/L ( berisiko diabetes) ; 7.0 mmol/L dan ke atas ( pengidap diabetes)

Bacaan gula 2 jam selepas makan:

7.8 mmol/L (normal) ; 7.8-11.1 (berisiko diabetes); 11.2 mmol/L dan ke atas ( pengidap diabetes)
 
Rujukan

Cara pengawalan penyakit diabetes:
  • Penjagaan pemakanan dan berat badan
  • Kerap bersenam
  • Pengubatan
  • Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.
Merawat dan mengawal diabetes dengan Shaklee:
 
Vivix membantu mengawal dan menyembuhkan penyakit kencing manis kerana kandungan anti-oksidanya yang tinggi dan mampu melawan penyakit.
Testimonial : vivixshaklee

ESP pula mengandungi indeks glisemik yang rendah mampu mengawal paras gula dalam darah. Saya sendiri mengalami perbezaan selepas mengamalkan ESP dalam diet harian saya. Untuk pengetahuan pembaca bacaan gula selepas mengambil ibu gula adalah 13 mmol/L dan dengan pengawalan pemakanan dan pengambilan ESP tahap gula saya berada pada tahap terkawal.

Next Related Post: Diet yang sesuai untuk pesakit diabetes