Wednesday, 12 June 2013

Anak Kurang Makan

Atasi Masalah Kurang Selera Makan Anak Anda

Tentu ramai ibu bapa di luar sana risau akan kesihatan anak-anak mereka terutama anak-anak yang kurang makan. Di tambah pula jika berat badan anak anda berada di bawah paras  graf yang sepatutnya. Sekiranya anak yang kurang berat badan ini jarang mendapat masalah kesihatan mungkin ibu bapa tidak akan terlalu risau, tapi bagaimana pula bagi anak-anak yang kerap demam dan selsema. Ini sudah tentu daya tahan anak anda kurang atau mempunyai tahap imun yang rendah. Jadi cubalah berusaha sedaya upaya agar anak anda mendapat cukup vitamin dan mineral untuk kecergasan badan dan kecerdasan minda anak-anak. Siapa yang tidak suka anak sihat dan pintar bukan. 



Di sini saya kongsikan sedikit tips Atasi anak sukar/kurang makan:
  • Jangan terlalu memaksa anak untuk makan- ini boleh menyebabkan anak lebih membenci untuk makan
  • Ajak anak anda makan apabila anak anda dalam keadaan tenang contohnya selepas bangun tidur sebelum menyusu
  • Jangan tunggu sehingga anak anda benar-benar lapar
  • Jadikan makanan nampak menarik dan berwarna-warni dan hidupkan suasana makan dalam keadaan menggembirakan
  • Cuba makanan baru setiap hari atau campurkan makanan baru dengan makanan kegemaran mereka
  • Makan bersama-sama anak anda
  • Suapkan anak anda sambil bermain di dalam atau di luar rumah
  • Hidangan yang kecil tetapi kerap adalah sesuai untuk anda anda
  • Elakkan makan makanan ringan sebelum makan makanan berat
  • Elakkan makan sambil minum
  • Ajak anak anda sama-sama menghidangkan makanan
  • Anak-anak kadangkala suka makan berkawan, jadi sesekali biarkan mereka makan beramai-ramai
  • Galakkan anak anda makan dengan sendiri. Sekiranya mereka suka makan dengan sudu dan garfu sediakan sudu yang sesuai untuk mereka
  • Biarkan anak anda makan sehingga habis sebelum suap makanan lagi. Kadangkala jika kita menyuap ketika makanan dalam mulut mereka belum habis mereka mungkin cenderung makan dengan cepat (boleh mengakibatkan tercekik) atau meluah terus makanan dalam mulut

Sekiranya perkara diatas telah dicuba oleh anda bolehlah mencuba makanan tambahan yang mengandungi lysines (sejenis asid amino) yang membantu menambah selera anda anda. 

Anda juga boleh memberi mereka mealshakes yangmerupakan suplemen penambah selera untuk anak anda. Ia merupakan hidangan yang lazat yang boleh dihidangkan pada bila-bila masa. Campurkan satu sudu kecil di dalam apa jua minuman kegemaran mereka.

Khasiat Mealshake bukan sahaja untuk anak kecil anda malahan untuk semua:
  • Menyediakan nutrisi lengkap iaitu 24 jenis vitmin, mineral dan zat  
  • Nutrisinya mudah diserap oleh tubuh; mengandungi lesithin soya yang berkerjasama dengan vitamin larut lemak
  • Kaya dengan protien yang membantu dalam pembinaan sel
  • Bantu kuatkan daya tahan - sistem imun badan
  • Membantu tumbesaran pada tahap normal
  • Mengandungi kalsium, asid folik, biotin dan magnesium untuk tulang yang kuat
  • Kandungan vitamin A,C,E dan zink serta selenium merupakan anti oksida yang membantu melawan jangkitan penyakit
  • Agen anti penuaan-menjadikan kulit cerah bercahaya dan tampak muda
  • Mengembalikan seri wajah
  • Membantu membuang lemak berlebihan dan sisa toksik dalam badan
  • Tidak mengandungi pewarna atau gula tiruan
Dapatkan promosi istimewa Mealshakes bulan ini..PM saya untuk harga terbaik

SMS/Whatsapp/Line: 019 984 7340

Note: Mealshakes mengandungi kandungan susu soya dan susu lembu , kepada mereka yang alergi(lactoce intolarence) kepada kedua-dua susu ini tidak digalakkan mengambilnya

Kurus dengan Sarapan

Kurus dengan Sarapan

Sarapan adalah penting tidak kiralah untuk anak anda, remaja yang meningkat dewasa dan juga mereka yang mengamalkan diet sihat. Lebih-lebih penting bagi anda yang bekerja kerana sarapan membantu anda bertenaga dalam memulakan tugasan harian anda. Juga bagi anda yang ingin menurunkan berat badan.

Rahsia untuk kurus secara alami ialah dengan bersarapan. Sarapan yang macam mana tu ye? Kalau roti canai, nasi lemak atau kuih muih adalah pilihan sarapan anda, anda bukan sahaja telah mengambil kalori yang berlebihan pada awal pagi lagi malahan awal-awal lagi telah menambah peluang untuk menambah berat badan. Bukan tak boleh makan langsung cuma berpada-padalah...sekali sekala ok

Rahsia kekal kurus dengan bersarapan ialah dengan mengambil pemakanan yang rendah indeks glisemiks nya. Indeks glisemik rendah akan membekalkan tenaga secara berperingkat dan rasa kenyang yang lebih lama, jadi anda berpeluang untuk mengekalkan berat ideal anda.

Ramai yang tidak sedar yang sarapan merupakan rahsia untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari. Anda mungkin mengalami masalah berikut sekiranya tidak bersarapan dengan betul atau mengabaikan sarapan:
  • Tidak dapat memberi tumpuan untuk masa yang panjang
  • Kurang Peka atau tidak dapat memberi perhatian/fokus
  • Mengambil masa untuk bertindak balas atau lain istilahnya lambat 'pick up'
  • Kandungan gula rendah dalam tanah mengundang sakit kepala atau mudah pitam
  • Kurang produktiviti kerja
  • Mengantuk dan keletihan
  • Kelaparan sekaligus mengundang rasa tidak tenang untuk berkerja
  • Berisiko untuk mengidap gastrik

Shaklee menyediakan set MIGHTY 3 GEMS untuk permulaan haria anda dengan sarapan yang lazat dan ringkas. Antara kebaikan yang mengamalkan set ini ialah:
  • Bertenaga sepanjang hari
  • Membantu meningkatkan tahap kepekaan dan penumpuan
  • Memelihara kesihatan menyeluruh

MIGHTY 3 GEMS SET- sarapan sempurna untuk kekal bertenaga sepanjang hari


MEAL SHAKES- Makanan segera tanpa curiga..Merupakan pilihan terbaik untuk sarapan kerana ianya makanan yang rendah lemak dan rendah indeks glisemik
  • Menyediakan vitamin dan mineral penting
  • Sumber nutrien asas untuk anak-anak dan remaja membesar
  • Menyediakan khasiat untuk kekal sihat dan bertenaga
  • Membekalkan sumber serat dan protein
  • Menyediakan sumber kalsium yang pekat
  • Indek glisemiks yang rendah

PERFORMANCE-Terlarut lebih cepat dari air..Aktiviti seharian menyebabkan anda mungkin kekurangan nutrisi dan tidak bertenaga sepanjang hari. Bersarapanlah dengan performance drink yang boleh membekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda:
  • Membekal tenaga berpanjangan
  • Membekalkan bendalir dan elektrolit untuk mencegah nyahidrat
  • Memelihara paras gula pada tahap normal

ESP- Membekalkan tenaga berkekalkan dengan protein
  • Mengandungi rendah lemak
  • Minuman bebas kolesterol
  • Kaya dengan asid amino penting
  • Mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya
  • Mengekalkan kepejalan otot
  • Indeks glisemik yang rendah
  • Mengekalkan gula dalam darah pada tahap normal
  • Menyokong daya tahan badan terhadap penyakit
  • Mengekalkan kolesterol pada tahap normal
  • Menggalakkan kesihatan jantung dan prostat

Friday, 7 June 2013

Diet Rendah Indeks Glisemiks

Diet Rendah Indeks Glisemiks ( GI low)




Fakta: ESP merupakan produk yang mempunyai indeks glisemik yang rendah iaitu 39.

Salah satu teknik untuk menurunkan berat badan ialah dengan mengamalkan diet rendah indeks glisemiks

Apa indeks glisemik tu yer? Apa kaitan dengan rendah atau tingginya kandungan indeks glisemik ini dengan berat badan yer? haa kalau rakan-rakan diet nak tau teruskan membaca entry ini.

Indeks Glisemiks atau GI ( Glycemic index) merupakan penentuukuran tahap gula ( glukosa) dalam darah. Makanan yang berkalori akan ditukar ke dalam bentuk glukosa sebelum diproses menjadi tenaga. Apabila glukosa ditukarkan secara perlahan dan berperingkat kepada tenaga ia dikategorikan mempunyai GI yang rendah dan apabila glukosa ditukarkan kepada tenaga dengan cepat ianya mempunyai tahap GI yang tinggi.

Makanan yang mempunyai GI yang rendah adalah sangat sesuai bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan ( juga pengidap diabetes) kerana ianya membekalkan tenaga berterusan dan melambatkan rasa lapar. Manakala makanan yang mempunyai GI tinggi hanya akan membuatkan anda cepat kenyang tetap cepat juga merasa lapar kembali.

Bagaimana ESP membantu menurunkan berat badan?

So sapa nak kurus cepat amalkan makanan yang rendah GI nya kerana anda akan kenyang lebih lama dan mampu mengawal rasa lapar dalam tempoh yang panjang.

So lepas ni klau breaksfast dengan ESP tak perlu ambil apa-apa snek atau makanan sampingan di antara waktu makan sebab anda akan rasa kenyang yang berpanjangan. Salah satu teknik pengawalan dari mengambil kalori berlebihan sebab itu ianya digelar diet rendah indeks glisemiks ( GI low)

* Pengambilan minimum 3 liter air sehari dan diambil bersama-sama suplemen pemecah lemak ( omega guard / lecithin) dan suplemen detox(alfalfa/herblax) untuk hasil yang lebih cepat dan efektif
**Cinch pula suplemen berkalori rendah khas untuk mereka yang ingin mendapatkan berat badan ideal kerana ianya di uji secara klinikal dapat membakar lemak berlebihan di samping mempunyai tiga perasa yang sedap. Juga sangat sesuai untuk pengamal diet rendah indeks glisemiks
***Mealshakes juga mengandungi indeks glisemiks yang rendah dan sesuai untuk seisi keluarga di samping memberi kebaikan untuk anak dan ibu

Contoh makanan dan tahap GI

GI rendah ( 55 atau kurang):
  • Kekacang seperti kacang putih, kacang hitam, kacang pink, kacang merah ( kidney beans) , kacang soya, kacang badam, kacang tanah, kacang walnut dan chickpea
  • Biji benih kecil ( small seeds) seperti biji bunga matahari, biji labu, biji flax, biji poppy dan bijan
  • Kebanyakkan bijirin penuh ( whole intact grain) seperti tepung makaronni/spelt/kamut(tepung egyption), millet (sekoi), oat, beras (selain beras putih) dan barli
  • Hampir semua jenis sayur-sayuranBuah-buahan manis seperti buah peach, strawberi dan mangga
  • Makanan yang mengandungi tagatose ( sejenis pemanis makanan)
  • Makanan mengandungi fruktosa ( semua jenis gula asli buah-buahan)

GI tahap sederhana ( 56-69):
  • Bijirin proses (not intact whole wheat or enriched wheat), roti pita, beras basmati,kentang rebus ( tanpa dikupas),jus anggur, kismis, buah prune, jus kranberry, ais krim, makanan mengandungi sukrosa dan pisang

GI tahap tinggi ( 70 ke atas)
  • Makanan berkanji seperti roti putih, nasi/beras putih, emping jagung, bijirin sarapan berproses, makanan mengandungi glukosa, maltosa, maltoextrins, kentang , roti pretzels , parsnip ( sejenis tumbuhan dari keluarga lobak) dan roti bagels.

Perbandingan antara indeks glisemiks rendah dan indeks glisemik tinggi 

Diet indeks glisemiks rendah --> Melepaskan tenaga secara perlahan dan berperingkat --> Rasa kenyang yang lebih lama --> Makan sedikit --> Penurunan berat badan

Diet indeks glisemik tinggi --> Melepaskan tenaga dengan cepat --> Cepat rasa lapar semula --> Makan berlebihan --> Penambahan berat badan

sumber:
Testimonial Pengguna: