Friday, 7 June 2013

Diet Rendah Indeks Glisemiks

Diet Rendah Indeks Glisemiks ( GI low)




Fakta: ESP merupakan produk yang mempunyai indeks glisemik yang rendah iaitu 39.

Salah satu teknik untuk menurunkan berat badan ialah dengan mengamalkan diet rendah indeks glisemiks

Apa indeks glisemik tu yer? Apa kaitan dengan rendah atau tingginya kandungan indeks glisemik ini dengan berat badan yer? haa kalau rakan-rakan diet nak tau teruskan membaca entry ini.

Indeks Glisemiks atau GI ( Glycemic index) merupakan penentuukuran tahap gula ( glukosa) dalam darah. Makanan yang berkalori akan ditukar ke dalam bentuk glukosa sebelum diproses menjadi tenaga. Apabila glukosa ditukarkan secara perlahan dan berperingkat kepada tenaga ia dikategorikan mempunyai GI yang rendah dan apabila glukosa ditukarkan kepada tenaga dengan cepat ianya mempunyai tahap GI yang tinggi.

Makanan yang mempunyai GI yang rendah adalah sangat sesuai bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan ( juga pengidap diabetes) kerana ianya membekalkan tenaga berterusan dan melambatkan rasa lapar. Manakala makanan yang mempunyai GI tinggi hanya akan membuatkan anda cepat kenyang tetap cepat juga merasa lapar kembali.

Bagaimana ESP membantu menurunkan berat badan?

So sapa nak kurus cepat amalkan makanan yang rendah GI nya kerana anda akan kenyang lebih lama dan mampu mengawal rasa lapar dalam tempoh yang panjang.

So lepas ni klau breaksfast dengan ESP tak perlu ambil apa-apa snek atau makanan sampingan di antara waktu makan sebab anda akan rasa kenyang yang berpanjangan. Salah satu teknik pengawalan dari mengambil kalori berlebihan sebab itu ianya digelar diet rendah indeks glisemiks ( GI low)

* Pengambilan minimum 3 liter air sehari dan diambil bersama-sama suplemen pemecah lemak ( omega guard / lecithin) dan suplemen detox(alfalfa/herblax) untuk hasil yang lebih cepat dan efektif
**Cinch pula suplemen berkalori rendah khas untuk mereka yang ingin mendapatkan berat badan ideal kerana ianya di uji secara klinikal dapat membakar lemak berlebihan di samping mempunyai tiga perasa yang sedap. Juga sangat sesuai untuk pengamal diet rendah indeks glisemiks
***Mealshakes juga mengandungi indeks glisemiks yang rendah dan sesuai untuk seisi keluarga di samping memberi kebaikan untuk anak dan ibu

Contoh makanan dan tahap GI

GI rendah ( 55 atau kurang):
  • Kekacang seperti kacang putih, kacang hitam, kacang pink, kacang merah ( kidney beans) , kacang soya, kacang badam, kacang tanah, kacang walnut dan chickpea
  • Biji benih kecil ( small seeds) seperti biji bunga matahari, biji labu, biji flax, biji poppy dan bijan
  • Kebanyakkan bijirin penuh ( whole intact grain) seperti tepung makaronni/spelt/kamut(tepung egyption), millet (sekoi), oat, beras (selain beras putih) dan barli
  • Hampir semua jenis sayur-sayuranBuah-buahan manis seperti buah peach, strawberi dan mangga
  • Makanan yang mengandungi tagatose ( sejenis pemanis makanan)
  • Makanan mengandungi fruktosa ( semua jenis gula asli buah-buahan)

GI tahap sederhana ( 56-69):
  • Bijirin proses (not intact whole wheat or enriched wheat), roti pita, beras basmati,kentang rebus ( tanpa dikupas),jus anggur, kismis, buah prune, jus kranberry, ais krim, makanan mengandungi sukrosa dan pisang

GI tahap tinggi ( 70 ke atas)
  • Makanan berkanji seperti roti putih, nasi/beras putih, emping jagung, bijirin sarapan berproses, makanan mengandungi glukosa, maltosa, maltoextrins, kentang , roti pretzels , parsnip ( sejenis tumbuhan dari keluarga lobak) dan roti bagels.

Perbandingan antara indeks glisemiks rendah dan indeks glisemik tinggi 

Diet indeks glisemiks rendah --> Melepaskan tenaga secara perlahan dan berperingkat --> Rasa kenyang yang lebih lama --> Makan sedikit --> Penurunan berat badan

Diet indeks glisemik tinggi --> Melepaskan tenaga dengan cepat --> Cepat rasa lapar semula --> Makan berlebihan --> Penambahan berat badan

sumber:
Testimonial Pengguna:

No comments:

Post a Comment